6 Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam



Kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan menurut islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW iaitu pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Itulah makna kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang tidak tunduk kepada makhluk Allah, kemerdekaan yang meletakkan sepenuhnya cara hidup berlandaskan syariat Allah dan kemerdekaan yang menolak idealogi/ pemikiran manusia yang bertentangan dengan hukum Allah yang ianya akan membawa kepada kemurkaanNYA.
 
Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.
 
Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia seterusnya menjadikan negara dan rakyat akan mendapat keampunan dan keredaan Allah.
 
Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam juga akan mendapat keadilan.

Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.
Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.
Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi SAW.
Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan sebab itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri. Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. 
Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 54 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita. Selagi mana kita tidak mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam membawa kemerdekaan yang sebenar, selagi itu kita masih tidak merdeka. Merdeka setakat pembebasan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Oleh kerana itu, saya menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

Fikir-fikirkanlah wahai teman….

Entri khas  ini “Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com“.

Anda sedang membaca artikel Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/kemerdekaan-sebenar-menurut-islam.html. Semoga artikel Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam ini bermanfaat buat anda.


6 comments

11 September 2011 at 17:57

totally agree! ini lah kemerdekaan yg sebenarnya yg di anjurkan dalam islam!

13 September 2011 at 12:21

info yang menarik ini...
inilah kemerdekaan sebenar yang patut kita perjuangkan...

13 September 2011 at 12:49

tq smua
sape yang tak komen tu, komen lah sikit... hehehe

13 September 2011 at 13:00

betul tu....
ni la erti yg sebenarnye....

13 September 2011 at 17:27

kita merdeka...kita bebas...tapi kita selalu bias... kita kata kita tak merdeka...sedangkan kita boleh memilih apa kita mahu jadi...

Anonymous
14 September 2011 at 22:05

setuju sgt2..^_^

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors