0 Kita semua buat perkara bodoh semasa muda - PM Britain



Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan bahawa semua orang membuat perkara bodoh semasa mereka muda.


Beliau membuat kenyataan itu selepas ditanya seorang juruhebah dalam program Today Show di stesen Radio 4 berhubung gelagatnya semasa belajar di Universiti Oxford.

Ketika Cameron menjadi pelajar, dia menyertai kelab Bullington di univeristi itu yang terkenal dengan sikap mabuk ahli-ahlinya yang memecahkan tingkap termasuk restoran.
Perdana Menteri itu ditanya jika terdapat persamaan di antara menjadi anggota geng muda yang terlibat dalam kelakuan ganas dengan pencuri yang berlaku semasa rusuhan di London baru-baru ini.

Cameron menjawab: "Saya berpendapat, kita semua melakukan perkara yang bodoh semasa muda dan kita sepatutnya mendapat pengajaran."

Juruhebah itu juga bertanya kepada Cameron: "Adakah anda menjadi saksi sebagai ahli kelab tersebut, terdapat orang membaling benda-benda menerusi tingkap, memecahkan restoran? Perdana Menteri itu berkata: "Tidak, saya tidak melakukannya."

Menurutnya, semasa rusuhan di London berlaku baru-baru ini, kebanyakan kes mencuri dilihat diatur dengan amat baik.
Anda sedang membaca artikel Kita semua buat perkara bodoh semasa muda - PM Britain dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/kita-semua-buat-perkara-bodoh-semasa.html. Semoga artikel Kita semua buat perkara bodoh semasa muda - PM Britain ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors