2 Berlian Golden Eye dilelong RM8.42 juta



Satu berlian berwarna kuning yang dikenali sebagai Golden Eye dilelong pada harga AS$2.8 juta (RM8.42 juta) di CLEVELAND, Amerika Syarikat (AS).


Pemenang bidaan berlian itu tidak didedahkan kerana Perkhidmatan Marshal Amerika Syarikat (AS) akan memeriksa latar belkang pembeli baharunya terlebih dahulu.


Berlian itu dilelong kelmarin dengan 16 orang menyertai bidaan untuk memilikinya. Ia merupakan milik seorang ahli perniagaan di Ohio, AS yang disabitkan dengan kesalahan penggubahan wang haram dan konspirasi.

Menurut pendakwa raya, ahli perniagaan itu cuba untuk menjual berlian itu dan sebuah hartanah yang pernah menjadi milik bekas petinju terkenal, Mike Tyson kepada seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang sedang menyamar pada harga AS$19.5 juta (RM58.64 juta) selain sebuah bot.

Berlian itu kemudian dirampas oleh kerajaan. Bidaan di online bermula pada Selasa lalu dengan hanya empat pembida sebelum bertambah menjadi 16 pembida.
Anda sedang membaca artikel Berlian Golden Eye dilelong RM8.42 juta dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/berlian-golden-eye-dilelong-rm842-juta.html. Semoga artikel Berlian Golden Eye dilelong RM8.42 juta ini bermanfaat buat anda.


2 comments

10 September 2011 at 07:48

fuuhhhh.. kalu aku dpt curi ni, kaya raya aku.

kekekekeke.

=P

10 September 2011 at 07:55

x baik mencuri, berdosa tau. hehehe

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors