0 Hatrik Messi Bantu Barca kenduri gol 8-0



Hatrik Lionel Messi membantu Barca kenduri gol 8-0 ke atas Osasuna pagi tadi dalam saingan La Liga sekali gus membuktikan penyandang juara itu berupaya mempamerkan prestasi cemerlang selepas persembahan lemah minggu berkenaan.

Juara bertahan itu dikritik selepas mensia-siakan kelebihan ketika menentang Real Sociedad dan AC Milan untuk seri 2-2 dua kali tetapi mengembalikan sentuhan berbisa apabila mendahului 5-0 pada babak separuh masa pertama ketika menentang Osasuna di Nou Camp.

David Villa menyumbatkan dua gol, Cesc Fabregas, Xavi dan gol sendiri pemain pertahanan lawan, Roversio menyertai senarai penjaring bersama Messi pada ketika Barca mendaki ke tangga kedua liga dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.
Anda sedang membaca artikel Hatrik Messi Bantu Barca kenduri gol 8-0 dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/hatrik-messi-bantu-barca-kenduri-gol-8.html. Semoga artikel Hatrik Messi Bantu Barca kenduri gol 8-0 ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors