0 Prabayar Dan Permulaan Prabayar/Pek SIM Dikenakan Cukai 6 %



Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.



Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Selepas ini, Jika sekiranya anda membeli topup RM10, anda kena membayar RM10.60. Ok tak?
Anda sedang membaca artikel Prabayar Dan Permulaan Prabayar/Pek SIM Dikenakan Cukai 6 % dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/prabayar-dan-permulaan-prabayarpek-sim.html. Semoga artikel Prabayar Dan Permulaan Prabayar/Pek SIM Dikenakan Cukai 6 % ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors