1 Nasihat Buat Suami Dan Isteri



Nasihat Buat Suami Dan Isteri

 Gambar sekadar hiasan
Wahai Suami

1. Taati dan cintailah Allah dan Rasulullah SAW.

2. Ketahuilah bahawa anda mendirikan rumah tangga hanyalah untuk mendapat keredaan Allah dan bukan untuk melepaskan nafsu semata-mata.

3. Layanilah isteri anda dengan baik kerana sebaik-baik di antara kamu adalah orang yang paling lemah lembut terhadap isterimu.

4.Hiasilah diri anda untuk isteri sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untukmu.

5. Jagalah perasaannya dan jangan memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah mengejinya di hadapan orang lain.

6. Bertimbang rasalah dan jangan menurut sesuatu di luar kemampuan isteri anda.

7. Ketahuilah Rasulullah tidak pernah memukul isteri-isterinya, seandainya terpaksa elakkanlah dari pukulan yang menyakitkan.

8. janganlah terlalu menurut kemahuan isteri kerana ini kan merosakkan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaan anda.

9. Bersabarlah atas sebarang kelemahan isteri anda kerana mungkin kamu membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.


Wahai Isteri

1.  Taati dan cintailah Allah dan Rasulullah SAW.

2. Utamakanlah hak suami anda daripada hak-hak yang lain melainkan hak-hak Allah dan Rasul-Nya.

3. Sentiasalah bersikap malu dan taat kepada suami anda serta berilah perhatian ketika ia bercakap di samping menghormatinya.

4. Muliakanlah ahli keluarga suami anda dan saudara maranya.

5. Tumpukan perhatian terhadap kewajipan dan urusan di dalam rumah tanggamu.

6. Hendaklah kamu menjaga perasaan dan maruah suamimu sahaja.

7. Hiasilah diri anda untuk sumimu sahaja.

8. Janganlah merasa bangga terhadap suami anda tentang harta, kecantikan dan keturunanmu.

9. janganlah keluar daripada rumah melainkan setelah mendapat keizinan suami anda.
Anda sedang membaca artikel Nasihat Buat Suami Dan Isteri dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/nasihat-buat-suami-dan-isteri.html. Semoga artikel Nasihat Buat Suami Dan Isteri ini bermanfaat buat anda.


1 comment

11 September 2011 at 17:49

info yg sgt bagus!

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors