Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di gua sebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama di Baitulmuqaddis.
SALAH satu skrol Laut Mati dipamerkan di Muzium Israel di Baitulmuqaddis kelmarin.
Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet.
Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudi
yang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap di
Qumran di tepi tebing Laut Mati.
Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidik
Israel di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barang
antik.
Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean.
Related Posts : Isu Semasa
Anda sedang membaca artikel Skrol Laut Mati berusia 2,000 tahun dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/skrol-laut-mati-berusia-2000-tahun.html. Semoga artikel Skrol Laut Mati berusia 2,000 tahun ini bermanfaat buat anda.
Tags :
Isu Semasa
1 comment
wah skroll yang begitu luar biasa semoga tetap ada sampai akhir dunia salam smp3lembang.blogspot.com
Post a Comment