1 Pekebun sayur tuai tanaman gergasi



Seorang pekebun sayur , Joe Atherton menanam sayuran-sayuran gergasi di rumah kaca miliknya di Mansfield Woodhouse, Nottinghamshire,LONDON dengan harapan dia dapat memecahkan rekod dunia tanaman yang bersaiz luar biasa, lapor sebuah akhbar semalam.


“Anda tidak tahu apa yang akan anda temui setiap kali anda menggali hasil tanaman anda,” katanya.
Atherton, 56, merupakan pemegang rekod dunia lobak merah terpanjang berukuran 5.84 meter yang ditanamnya pada tahun 2007.


Pada tahun 2001 pula, bapa kepada dua anak itu memegang buat seketika rekod dunia daun bawang kucai paling berat dengan tanaman gergasi seberat 6.6 kilogram.

“Pada tahun berikutnya, pekebun lain memperoleh hasil yang lebih besar dan sejak itu, saya gagal mengatasi rekodnya,” ujar Atherton.

Kebanyakan sayuran gergasi yang ditanam olehnya dipamerkan kepada orang ramai dalam Pertunjukan Perkebunan Kebangsaan yang diadakan pada setiap tahun di Bath, barat daya negeri England.
Anda sedang membaca artikel Pekebun sayur tuai tanaman gergasi dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/pekebun-sayur-tuai-tanaman-gergasi.html. Semoga artikel Pekebun sayur tuai tanaman gergasi ini bermanfaat buat anda.


1 comment

7 September 2011 at 20:51

terbaik r petani ni...mcm mane die bole tanam...hebat2...

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors