0 Jurukamera Bernama TV Maut Akibat Terkena Peluru Sesat Di Somalia



Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 39, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Jumaat.

Wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro Jumaat malam.


Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat," katanya.

Sementara itu, wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat itu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi parunya.

Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.
Anda sedang membaca artikel Jurukamera Bernama TV Maut Akibat Terkena Peluru Sesat Di Somalia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/jurukamera-bernama-tv-maut-akibat.html. Semoga artikel Jurukamera Bernama TV Maut Akibat Terkena Peluru Sesat Di Somalia ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors