0 Perbaharui Lesen JPJ Anda Guna Tarikh Lahir, Apa Pendapat Anda?



Cadangan menyelaraskan tarikh luput lesen memandu dengan tarikh lahir dijangka memudahkan ingatan pemandu bagi memperbaharui lesen apabila sampai pada waktunya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.

"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.

Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.

sumber: kosmo


Bagi saya ada asasnya juga cadangan JPJ ni untuk memperbaharui lesen menggunakan tarikh lahir. Tetapi bagi kita sebagai pemandu  mesti ada yang pro dan kontra  diatas cadangan menimbangkan penggunaan tarikh lahir untuk memperbaharui lesen. Apa pendapat anda tentang isu ini? Sama-sama kita kongsikan......
Anda sedang membaca artikel Perbaharui Lesen JPJ Anda Guna Tarikh Lahir, Apa Pendapat Anda? dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/07/perbaharui-lesen-jpj-anda-tarikh-lahir.html. Semoga artikel Perbaharui Lesen JPJ Anda Guna Tarikh Lahir, Apa Pendapat Anda? ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors