0 Penggodam balas dendam serangan laman web polis Itali



ROM: Kumpulan penggodam hari ini mendakwa mempunyai akses ke laman web polis Itali dan menerbitkan maklumat sebagai tindakan membalas dendam terhadap penangkapan rakan penggodam mereka di Eropah dan Amerika Syarikat.

Unit Komunikasi Polis Itali mengakui laman pasukan itu sudah digodam tetapi tidak mengesahkan atau menafikan sebarang maklumat hilang atau dicuri.
Sementara itu, Ahli Parlimen negara itu mengutuk serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sekali gus melanggar keselamatan Itali.

Serangan siber yang digelar Operasi Itali oleh kumpulan penggodam, LulzSec dan Anonymous mendakwa, beberapa maklumat penting dan rahsia polis dalam laman web mereka berjaya didedahkan. - AFP

sumber : Berita Harian
Anda sedang membaca artikel Penggodam balas dendam serangan laman web polis Itali dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/07/penggodam-balas-dendam-serangan-laman.html. Semoga artikel Penggodam balas dendam serangan laman web polis Itali ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors