2 Kereta Mampu Baca Fikiran Manusia



Kereta yang mampu mengimbas dan membaca fikiran manusia? Adakah anda percaya kereta yang sedang direka dan dibangunkani oleh gergasi automobil Jepun, Nissan dan sebuah universiti di Switzerland mampu untuk mengimbas fikiran manusia dan juga membuatkan kenderaan tersebut bersedia untuk langkah seterusnya.

Idea mereka kereta jenis ini telah mengambil masa empat tahun untuk membuat penyelidikan dan hasilnya sebuah kereta yang menggabungkan kepintaran kenderaan dan pemandu bagi menghasilkan persekitaran pemanduan yang selamat. Projek itu menggunakan penilaian aktiviti otak, corak pergerakan mata dan pengimbas di sekeliling kenderaan menggunakan alat pengesan untuk meramalkan tindakan pemandu.

Kenderaan itu kemudian akan bersedia membelok dengan memperlahankan pergerakan jika perlu, atau berada sedikit ke kiri atau kanan.
Anda sedang membaca artikel Kereta Mampu Baca Fikiran Manusia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/kereta-mampu-baca-fikiran-manusia.html. Semoga artikel Kereta Mampu Baca Fikiran Manusia ini bermanfaat buat anda.


2 comments

30 September 2011 at 09:39

igtkan x pyh pegang stereng..kita just fikir je..hahhah

30 September 2011 at 11:32

Biar btl bro????????? mcm x caye je hehehe.

kalo org leh paksa kereta bergerak sendiri tanpa pemandu aku pernah nmpk la :D

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors