2 Kempen Hari Bebas Kereta Sedunia



Sempena kempen Hari Bebas Kereta Sedunia pada 22 September setipa tahun yang bermula esok, Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) semalam mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala percuma Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun mulai esok.


Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, ia tanda sokongan kepada kempen Hari Bebas Kereta Sedunia yang akan disambut esok dengan tujuan mengurangkan pengeluaran karbon yang dihasilkan kenderaan persendirian serta menyedarkan orang ramai untuk memilih menaiki pengangkutan awam.

Bercakap dalam sidang akhbar ketika melancarkan kempen menyokong Hari Bebas Kereta Sedunia itu di sini semalam, beliau berkata, kempen itu turut menggalakkan orang ramai untuk menunggang basikal dan kemudahan meletak basikal disediakan di 17 stesen LRT.

Tetapi keberkesanan kempen ini perlu diteliti terlebih dahulu untuk melihat kempen ini berjaya. Banyak perkara perlu diteliti antaranya :-

  • bas tidak ontime,masa tidak mengizinkan rakyat untuk menggunakan kenderaan awam kerana waktu bekerja mereka tidak sama dengan masa perjalanan bas.
  • ada kawasan tertentu yang bas tidak melaluinya. Ini menyukarkan rakyat.
  • perancangan bandar di Malaysia, tidak mesra alam/pengguna. kalau nak beli belah, kena pergi pasaraya besar yg jauh. kalau di jepun, setiap ceruk ada pasaraya kecil-kecil.
  • dan banyak lagi...

 
Mari sama-sama kongsikan pendapat anda, adakah kempen ini akan berkesan?
Anda sedang membaca artikel Kempen Hari Bebas Kereta Sedunia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/kempen-hari-bebas-kereta-sedunia.html. Semoga artikel Kempen Hari Bebas Kereta Sedunia ini bermanfaat buat anda.


2 comments

21 September 2011 at 17:08

kalau bagi tiket free tiap hari ok gak kan???

xpun separuh harga

22 September 2011 at 09:43

rs pagi ni kat DUKE kete lebih banyak drp biasa..sblm msk susur hala jln kuching dh jamm dh dr sentul

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors