2 Kenderaan Terbesar Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat




1. Liebherr hydraulic shovel (salah satu hidraulic excavator terbesar di dunia )

1




2. Caterpillar 797f (trak dengan muatan terbanyak)
 
2





 
3. Komatsu D575A Superdozer (buldozer terbesar yang pernah dibuat saat ini)
 
3



 
4. Mobile Launcher Platform
 
4



 
5. Volvo NH15 Tanker BP (Salah satu trak terpanjang di dunia)
 
5



 
6. TEREX 33-19 Titan (Salah satu trak bermuatan terbanyak dan terbesar yang pernah dibuat)
 
6




7. Big Bud 747 (Tractor pertanian Terbesar Dunia)
 
7


  

8."kapten" Marion 6360 (kendaraan darat terbesar yang pernah dibuat)
 
R UMAX     Vista-S6E        V2.0


9. 1850B Bucyrus-Erie "Big Brutus"  (Shovel terbesar kedua di dunia)
 
9
[Read More...]


2 Israk Dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.





1. Sebelum Israk dan Mikraj

     Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):


     Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 
 Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat
.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.


iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

iix. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

     Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

     Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). 

wallahua’lam..


sumber : http://jalanakhirat.wordpress.com
[Read More...]


0 Antara Barang Pelik Yang Pernah Terjual Di eBay



Berlian Terbuat dari Rambut Beethoven Berharga $1M

Diamond Beethoven dipererbuat dari karbon yang diperoleh dari beberapa helai rambut Beethoven. Salah satu dari tiga berlian diciptakan, Setiap  satu daripadanya dijual  dengan harga satu juta dolar.

Istri Yang Dijual Oleh Suaminya

Dalam keadaan untuk melepaskan  dirinya dari kesulitan kewangan, seorang suami di Brasil bertekad untuk menjual istrinya. Dia menulis iklan dan dipostingkan di web popular, menawarkan harga jualan sekitar $ 55.Namun pemerintah akhirnya mengetahui iklan tersebut dan segera memerintahkan agar iklan tersebut akan dihapus dari website eBay.
Buku 340 tahun William Shakespear



Buku 340 tahun William Shakespear tahun dari Pericles William Shakespeare, Prince Of Tirus telah dijual di eBay pada tahun 2003 berharaga £ 5m. Naskah ini adalah salah satu dari beberapa buah naskah yang selamat daripada Kebakaran Besar di London pada tahun 1666.


Slightly Used Nuclear Missile Silo

Peluru berpandu ini, kini ditawarkan dengan harga $ 1,5 juta.
[Read More...]


0 7 Masjid Unik di Indonesia



Masjid Muhammad Cheng Ho

Masjid Muhammad Cheng Ho berada di Jalan Gading, Kota Surabaya. Masjid ini tercatat di Muzium Rekor Indonesia (MURI) sebagai salah satu masjid terunik. Bangunan masjid ini tidak berbentuk seperti masjid pada umumnya karena dibuat dengan architecture/senibina khas Tiongkok. Bentuk bangunan ini mirip Masjid Niu Jie di Beijing yang berusia lebih dari 100 tahun.


Masjid An Nurumi

Masjid An Nurumi merupakan masjid kecil di tepi jalan Jogja-Solo dengan arsitektur cukup unik. Kubah atapnya menyerupai bangunan di Moscow, Russia. Kubahnya berbentuk aneh dan berwarna-warni. Mesjid ini dikenal juga dengan nama Masjid Kremlin. Ada juga yang menjuluki Masjid Permen, sebab kubahnya warna-warni menyerupai  gula-gula lolipop.

Masjid Menara Kudus

Masjid Menara Kudus disebut juga sebagai masjid Al Aqsa dan Masjid Al Manar adalah masjid yang dibina oleh Sunan Kudus. Keunikan dari bangunan masjid ini adalah menara berbentuk candi bercorak Hindu Majapahit. Bentuk senibinanya yang sangat unik untuk sebuah menara masjid itulah yang menjadikannya begitu mempersona. Keunikan lain pada masjid ni ialah masjid ini dibina dengan menggunakan batu dari Baitul Maqdis dari Palestina sebagai batu pertama. Masjid ini terletak di kabupaten Kudus, Jawa Tengah.


                                                     Masjid bawah tanah Tamansari


Masjid Taman sari terletak di bawah tanah kompleks Taman Sari Jogjakarta. Masjid Tamansari dibangun pada paruh pertama abad lalu. Masjid ini memiliki senibina yang unik. Masjid bawah tanah ini terdiri atas dua tingkat berbentuk bulat dengan rongga- rongga jendela di bahagian luarnya. Tingkat bawah digunakan untuk jamaah wanita, tingkat atas pula untuk jamaah lelaki. Tangga dari tingkat bawah menuju ke tingkat atas yang terletak di tengah-tengah lingkaran. Selain itu terdapat sebuah kolam kecil berbentuk bulat di tengah masjid serta tangga yang melintang di atasnya.

Masjid pintu seribu

Masjid Nurul Yakin atau lebih dikenali dengan sebutan masjid Sewu (seribu) memiliki keunikan tersendiri dibandingkan dengan masjid yang lain kerana masjid ini memiliki seribu pintu. Masjid seribu ini menjadi salah satu tempat paling menarik bagi pelancong. Bukan hanya pelancong  tempatan tetapi pelancong dari luar. Masjid ini terletak di Kp.Bayur Tangerang.



Masjid Perahu

Masjid yang terletak di sebuah lorong kecil di Apartemen Casablanca, Jakarta. Nama asal masjid ini ialah  Al Munada Darrusalam. Masjid ini lebih dikenal sebagai masjid perahu karena disebelah  masjid itu terdapat bangunan konkrit yang menggambarkan sebuah perahu raksasa. Bangunan berbentuk perahu tersebut digunakan sebagai tempat wudhu untuk kaum muslimat, sementara untuk kaum muslimin berada pada tempat yang lain. Suatu keunikan yang mungkin  tak dimiliki pada masjid-masjid lain.



Masjid Cipari

Masjid Cipari atau A-Syuro, adalah salah satu masjid tertua di Garut, Jawa Barat. Bentuk bangunan masjid ini cukup unik karena mirip bangunan gereja dengan bentuk bangunannya yang memanjang dengan pintu utama berbetulan ditengah-tengah muka bangunan, juga menaranya yang terletak di hujung bangunan berbetulan diatas pintu utama. Masjid Cipari ini juga memiliki sejarah perjuangan, kerana dahulu ia digunakan sebagai tempat perjuangan rakyat dan tentara.
[Read More...]


0 Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah?





Sekali lagi isu sumpah berdengung hebat di dalam negara kita. Dalam peruntukan perundangan Islam, amalan sumpah wujud dengan syarat-syarat tertentu, bagi mensabitkan sesuatu dakwaan atau menolaknya. Apabila itu dilakukan, bermakna individu yang bersumpah sedang menyandarkan inti yang dikatakannya kepada Allah. Tindakan itu menjadikan inti yang didakwa atau bantah itu mempunyai suatu ‘weight’ menurut perspektif hukum Islam atau secara spiritual, malah juga mempunyai pengaruh di dalam menagih keyakinan dan kepercayaan hakim dan masyarakat umat Islam.

Ramai yang bertanya saya pandangan berkenaan sumpah yang dilakukan oleh orang-orang politik dengan bermotifkan politik tentunya. Sebenarnya, eloknya sokongan yang diinginkan tidaklah digunakan mana-mana kaedah-kaedah Islam sebagai platformnya. Ada yang berusaha untuk menjadikan satu peraturan dalam hukum Islam iaitu sumpah dengan nama Allah sebagai senjata dalam politik kepartian. Bagi saya,itu kurang sihat.

Bagi mereka yang sudi membaca dan menyelak lembaran artikel ini, saya nasihatkan agar membaca dengan tenang sehingga habis sebelum membuat sebarang tanggapan dan komentar. Itu perlu bagi mendapatkan gambaran jelas kandungan artikel ini.

WUJUDKAH SUMPAH LAKNAT DALAM HAL TUDUH ZINA?

Kembali kepada isu terkini iaitu ‘sumpah laknat’ yang dilakukan oleh Dato’ Eskay di dalam masjid tempohari sambil memegang dan mencium Al-Quran. Oleh kerana sumpah tersebut dilakukan atas dasar dan prinsip hukum agama, bagi dianggap sah dan mempunyai nilai, cara ia dilakukan mestilah disandarkan kepada dalil khusus dari Al-Quran atau Al-Hadis. Oleh itu, menjadi satu KEMESTIAN bagi memastikan sumbernya dalam hukum Islam dan betul pula cara pelaksanaannya.

Kedua hal tersebut mesti disemak sebelum inti sesuatu sumpah itu diterima oleh orang ramai dan pihak berkuasa sebagai mempunyai ‘sesuatu kekuatan’ untuk menyokong kes individu yang melakukan bersumpah.

Secara ringkasnya, membaca pandangan beberapa tokoh ilmuan tanahair dalam hal sumpah laknat ini, saya bersetuju dengan pandangan beberapa mereka yang secara ringkasnya berkata, sumpah yang dilakukan itu :-

1.       TIDAK PERLU; disebabkan proses mahkamah perlu dinantikan bagi menjamin keadilan bagi semua pihak. Maruah adalah isu besar dalam Islam, justeru, setiap kes yang boleh memalukan dan tidak lagi dipastikan benar atau salah, mestilah dibicarakan secara adil di tempat perbicaraan yang tertutup.

2.       TIDAK TERPAKAI; sumpah laknat dengan nama Allah itu tidak dikira terpakai atau sah, kerana sumpah laknat atau li’an hanya wujud untuk urusan suami isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina, sebagaimana wujud peruntukan di dalam Al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-8. Ertinya :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (An-Nur 6-7)

Justeru, sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal menuduh zina individu lain adalah SATU TINDAKAN SALAH atau REKA CIPTA DALAM URUSAN AGAMA yang tidak dibenarkan oleh Islam. Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak, disebabkan ia memungkinkan individu secara bebas mencipta peruntukan baru tanpa sebarang basis atau sandaran dalil.

3.       MENGELIRUKAN; Protokol sumpah tersebut dilaksanakan secara sangat mengelirukan dan ada juga yang kurang tepat, ini kerana bersumpah sambil memegang al-Quran bukanlah satu keperluan. Nabi bersabda :-
فمن كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت
Ertinya : Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari)

Melakukannya di dalam masjid adalah HARUS menurut mazhab Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis nabi bahawa pernah kes kehakiman dan pertelingkahan serta sumpah laknat antara suami isteri dijalankan di masjid pada zaman Nabi s.a.w. ( rujuk Fath Al-Bari, 3/133 ; Syarah sohih Muslim An-Nawawi, 1/121 ).

Bagaimanapun mazhab Syafie menganggap melakukan urusan sumpah dan perbincangan pertikaian hak serta tuduh menuduh di dalam masjid adalah MAKRUH. (Fath al-Aziz, Al-Rafi’e, 8/165 ; Al-Muhazzab, Al-Shirazi, 2/293)

Apapun, kita tidak mahu, kaedah dan cara khususnya memegang Al-Quran ketika bersumpah dan dibuat di dalam masjid sedang telah wujud mahkamah, menjadi syarat dan kebiasaan masyarakat kita, hingga disalahfahami oleh ramai sehingga merasakan ia adalah kaedah dan cara sebenar pelaksanaan sumpah li’an. Sumpah laknat yang sebenarnya, perlu dilakukan di dalam proses mahkamah dengan empat kali, DIIKUTI yang kelima sumpah laknat dan IA TIDAK untuk tontonan dan sebaran awam.

4.       Sumpah mubahalah juga tidak perlu dan tidak terpakai, kerana sumpah mubahalah memerlukan kedua-dua belah pihak untuk bertemu dan sama-sama bersetuju.


WALAUPUN BEGITU, SUMPAH BIASA MASIH SAH

Pun begitu, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes yang dirujuk adalah hanya sumpah biasa, bukan sumpah laknat. Sumpah biasa boleh dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.

Namun SUMPAH BIASA ini sepatutnya hanya dilakukan sesudahkan ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan di mahkamah. Apakah bayyinah ini?

KEPERLUAN 'BAYYINAH' SEBELUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH

Di dalam Islam, setiap individu adalah dianggap TIDAK BERSALAH selagi belum dibuktikan bersalah.  Prinsip ini datang dari pelbagai dalil dan disimpulkan oleh para ulama dalam kaedah dan dalil berikut :-

Hadis Nabi :-

لو يعطى الناس بدعواهم؛ لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر

Ertinya : Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan akan individu yang mendakwa milikya harta satu kaum yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang mengingkari (bukti tadi). ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kaedah Fiqh :
الأصل برآءة الذمة
Ertinya : Hukum asal (bagi semua individu) adalah bebas dirinya dari tanggungan.

Dan satu lagi kaedahnya :
اليقين لا يزول بالشك
Ertinya : Yakin ( iaitu asal semua individu sebagai tidak bersalah), tidak akan dapat dihilangkan oleh bukti-bukti yang bertaraf syak.

Juga satu prinsip yang berbunyi
ان الشك يفسر لمصلحة المتهم
Ertinya : Sesungguhnya sebarang keraguan ( tidak kukuh bukti dakwaan), akan ditafsirkan sebagai menyebelahi pihak tertuduh (untuk membuktikannya tidak bersalah)

Berkata Az-Zubaydi
قاعدة أصولية مفادها أن الأصل براءة ذمة المكلف عن التكليف المشكوك
Ertinya : Kaedah di atas adalah kaedah usul yang kandungannya menyatakan bahawa asal bagi semua individu yang mukallaf adalah bebas dari dakwaan & tuduhan yang diragukan. (Az-Zubaydi,  Taj Al-Urus)

AL-BAYYINAH yang disebut di dalam hadis nabi di atas AMAT diperlukan bagi mewajibkan sumpah ingkar dan bantah dari tertuduh, tanpanya, sumpah tertuduh TIDAK WAJIB sama sekali.

Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (10/139) dan para ulama menjelaskan ringkasan bahawa untuk mendapatkan bayyinah, ia bergantung kepada kes yang dibawa seperti berikut :

1. Zina dan liwat
Syarat untuk penuhi bayyinah : Empat saksi adil atau pengakuan pelaku.
2. Hukum hudud yang lain seperti bunuh, qazaf, murtad dan lainnya.
Syarat untuk penuhi bayyinah : saksi dua lelaki adil dan sumpah dibenarkan.
3. Jual beli, dan lain-lain pertikaian melibatkan isu harta dan pemilikan kewangan
Syarat untuk penuhi bayyinah : dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang wanita ( sebagaimana disebut di dalam Al-Quran) dan sumpah dibenarkan.
4. Penyusuan, kelahiran, dara dan tamat iddah
Syarat untuk penuhi bayyinah : Seorang wanita yang adil.
Justeru, perlu ditegaskan dalam hal zina dan liwat, bagi menganggap bersalah, salah satu antara dua cara ini mestilah menjadi jalannya, iaitu :-

  • IQRAR ATAU PENGAKUAN SUKARELA secara insaf oleh pelaku bahwa dia melakukan sesuatu kesalahan itu, sama ada mencuri, berzina, liwat, membunuh dan sebagainya. Sebagaimana yang dilakukan oleh pemuda bernama Ma’iz bin Malik Al-Aslami di zaman Nabi Muhammad s.a.w

  • EMPAT SAKSI LELAKI YANG ADIL; Khusus bagi kes zina dan liwat, sesiapa yang menuduh mestilah membawakan empat orang saksi yang adil lelaki bagi mensabitkan kesalahan pada hukum Islam. Selagi tiada saksi sebegitu, kes MASIH BOLEH diadili tetapi IA BUKAN LAGI TERMASUK DALAM KES HUDUD BAGI SI TERTUDUH. Manakala yang menuduh tanpa empat saksi pula BAKAL DISABITKAN KESALAHAN QAZAF, penuduh hanya boleh terselamat dari hukuman qazaf (yang perlu dilaksanakan di dunia, jika tiada, hukumannya menanti di akhirat amat berat) apabila membawakan 4 saksi seperti di atas atau membawa kes tanpa 4 saksi secara senyap dan tertutup untuk perbicaraan di mahkamah. Di sana, hakim mahkamah akan menyemak semua bukti-bukti tambahan sama ada video, DNA, gambar dan sebagainya untuk beliau menjatuhkan sebarang keputusan di bawah peruntukan ta’zir.

LEPAS ‘BAYYINAH’, BARU KITA NANTIKAN BANTAHAN

Kerana asal setiap indiivdu TIDAK BERSALAH sehingga dibuktikan sebaliknya, setelah bayyinah dipersembahkan, barulah tindakan menjawab bayyinah perlu dilakukan oleh tertuduh.

Bantahan dan keingkaran hanya diperlukan apabila pihak pendakwa berjaya membawakan bukti yang sah dan diterima oleh pihak qadhi atau hakim. Pihak hakim pula perlu memberikan masa yang sesuai untuk tertuduh membela diri. Namun tertuduh tidak boleh sengaja senyap sunyi tanpa membawakan hujjah balas, bantahan dan ingkaran terhadap bukti yang dibawa. ( Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 16/63; As-Syarh Al-Kabir, Ad-Dardir, 4/151)

BAGI KES DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI)
Melihat perkembangan dalam kes DSAI, menurut pandangan Fiqh Islam tanpa campur tangan politik kepartian adalah seperti berikut :-
a. DSAI TIDAK WAJIB membalas dengan bersumpah bersihnya diri beliau kerana sumpah laknat yang dijalankan itu tidak sah.
b. DSAI juga TIDAK WAJIB menjawab atau respon kepada sumpah laknat yang dilakukan kerana ‘bayyinah’ belum dikemukan oleh pendakwa.
c. NAMUN, sumpah yang dilakukan dengan nama Allah dengan lafaz yang betul ( wabillah, wattallah) oleh Dato’ Eskay adalah sah di sisi hukum Islam. Sama ada sumpah itu datang dari fakta yang benar atau tidak, tiadalah kita perlu menolaknya secara mutlaq. Namun umat ISLAM masih TETAP TIDAK BOLEH MEMPERCAYAINYA kerana ia tidak dilakukan di dalam proses kehakiman mahkamah dan ia juga tidak menyeratkan saksi empat orang yang adil. Sesiapa yang menyebarkan tuduhan zina itu akan tertanggung ke atasnya hukuman qazaf, yang walaupun tidak dilaksana di dunia, bakal amat menyusahkan di akhirat.
d. Jika individu yang dituduh adalah orang kebanyakan yang TIDAK DIKENAL OLEH RAMAI, PASTINYA SUMPAH YANG DITUJUKAN KEPADANYA TIDAK PERLU DILAYAN SAMA SEKALI. Kerana itu semua tidak memberi kesan kepada keputusan hakim di dunia dan Allah. Itulah hokum asal dalam kes seperti ini.
e. NAMUN, hukum asal boleh berubah mengikut zaman dan situasi sehingga menghasilkan hukum pengecualian tertentu. Sebagaimana Rasulullah pernah membatalkan hasratnya untuk mengubah bentuk Ka''bah kepada asas yang didirikan oleh Nabi Ismail a.s disebabkan desakan keadaan masyarakat, iaitu kejahilan mereka, masih barunya dengan Islam dan belum bersedia untuk Ka’abah diperlakukan sedemikian. Rasulullah bersabda kepada Aisyah:
لو لا أن قومك حديثو عهد بشرك لبنيت الكعبة على قواعد إبراهيم
Ertinya : Sekiranya tidaklah kaummu itu baru-baru sahaja (keluar) dari zaman syirik (menyembah berhala) nescaya sudah tentu akan ku bina semula Kaabah di atas binaan asal nabi Ibrahim ( Al-Bukhari & Muslim)

Malah Aisyah r.a ketika dituduh melakukan perbuatan jahat itu dengan seorang sahabat, beliau juga bersumpah menafikannya tetapi dalam bentuk sedikit berbeza iaitu beliau melafazkan :
والله لا أستغفر الله منه أبدا
Ertinya : Demi ALlah aku tidak akan meminta ampun kepada Allah sama sekali

Perkataan itu adalah sumpah membersihkan dirinya. Menyatakan beliau tidak perlu minta ampun kepada Allah dalam menghadapi tuduhan itu adalah satu tanda jelas beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebagaimana dituduh. 

JUSTERU, MENURUT PANDANGAN PERIBADI SAYA, disebabkan DSAI adalah seorang pimpinan politik tanahair yang besar, menggalas beban tanggungjawab gerakan perjuangan politik yang besar, dicampur dek kejahilan majoriti umat Islam dalam persekitaran Malaysia serta momokan media yang sentiasa memburukan lagi suasana, saya cenderung kepada DSAI PERLU BERSUMPAH BIASA SAHAJA dengan NAMA ALLAH MENAFIKAN BELIAU ADALAH INDIVIDU DI DALAM VIDEO SEKS YANG DIDAKWA, itu penting untuk menangkis sangka buruk masyarakat yang kurang kefahaman serta kurang pula ilmu, bukan hanya terbeban ke atas dirinya selaku individu tertuduh, malah menjadi beban terhadap kepada seluruh ahli gerakan pakatan rakyat yang bersamanya serta masyarakat Malaysia lain yang melihatnya sebagai ketua pembangkang. yang terlibat dalam membentuk  minda dan masa hadapan masyarakat Malaysia. Sebagaimana pertimbangan dalam bab Maqasid Shariah menyatakan :-
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Ertinya : Menolak keburukan didahulukan dari tindakan mensasarkan membawa kebaikan
Justeru, pada hemat saya, jika DSAI bersumpah dengan nama Allah, paling kurang ia mampu menyelamatkan keburukan yang lebih besar dalam masyarakat seperti bertambahnya individu yang di hukum qazaf di sisi hukum Islam, semakin melemahkan keyakinan terhadap gerakan Pakatan Rakyat di samping mampu meleraikan syak wasangka rakyat ‘atas pagar’.
Walau apa jua keputusan mahkamah, itu adalah suatu isu terasing dan boleh dihujjah atas lain-lain platform dan politik. Namun untuk membiarkan sumpah dengan nama Allah iu dibiar beredar di dalam masyarakat tanpa sebarang respon, bagi saya mudaratnya lebih besar, tanpa menafikan melayaninya dengan melakukan sumpah juga ada mudaratnya.
KESIMPULAN
Saya sedar, ahli politik yang melingkungi DSAI pastinya mempunyai pandangan pelbagai, memikirkan strategi, maruah yang mungkin dirasakan jatuh kerana seolah telah berjaya dipaksa untuk turut bersumpah dan sebagainya. Namun tulisan saya ini, benar-benar dari rasa hati sebagai seorang yang neutral, ahli akademik yang melihat perkembangan isu-isu semasa.
1. Saya berasa amat senang sekali selaku rakyat Malaysia jika DSAI boleh menyahut cabaran sumpah biasa tadi, tiada sebarang malu ditanggung walau terpaksa melakukan itu.
2. Perkara kedua, kita tidak mahu umat Islam mengambil cara bersumpah ini apabila sahaja ingin mendakwa sesuatu, kerana ia bukanlah cara yang betul dalam masyarakat Islam yang sepatutnya bediri di atas sifat kekuatan amanah dan jatidiri, tiada memerlukan kepada sumpah untuk menagih kepercayaan dan keyakinan.
Bahkan, kita bimbang teknik ini bakal digunakan oleh ramai penipu di luar sana untuk bersumpah bagi mendapatkan perhatian dan mencuri hak orang lain serta mengaibkan. Dari tiga jenis sumpah di dalam Fiqh Islam, sumpah dari penipu dan pencuri ini dinamakan ‘al-Yamin al-Ghamus’. Ditanya kepada Nabi apakah ‘Al-Yamin Al-Ghamus’ itu, baginda menjawab :
وما اليمين الغموس ؟ قال : الذي يقتطع مال امرئٍ مسلم هو فيها كاذب
Ertinya : Orang yang mengambil harta (hak, termasuk maruah dengan mengaibkan melalui qazaf) orang Islam lain (melalui sumpah) sedangkan dia adalah pembohong ( Riwayat Al-Bukhari)
Imam Az-Zahabi, Ibn Hajar Al-Asqalani  menghuraikan sumpah dari pendusta (yamin ghamus) ini merupakan salah satu dari dosa besar. Ghamus ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam 'Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat', sumpah tersebut dinamakan ghamus kerana penyumpah tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam neraka Allah di akhirat kelak. Di dalam Al-Quran, pendusta bersumpah dan menagih habuan dunia ini disebutkan sebagai:
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih (Al-Imran : 77).
Justeru, penyumpah dusta ini perlu segera bertaubat dan jika ia telah mengambil hak orang lain melalui sumpahnya, WAJIBlah atasnya untuk memulangkannya.
3. Bagi orang ramai, semua perlu memahami bahawa isu maruah dan tuduhan sebegini WAJIB hanya dibicarakan di dalam Mahkamah Islam dan bukan di khalayak. Apabila, di sebabkan rosaknya system nilai dalam masyarakat, lalu ini dibicarakan terbuka di media dan kahalayak awam, semua individu mestilah memahami semua HAKIM TIDAK BOLEH menghakimi sesuatu isu secara emosi, takut itu dan ini, sakit, sedih, dukcaita, ngantuk, lapar, dahaga dan semua asbab luaran yang menganggu penilaian seorang hakim yang berkelayakan. Nabi memberi amaran :
لا يقضين حكم بين اثنين وهو غضبان
Ertinya : Tidak boleh se0rang hakim memberi keputusan terhadap dua orang ( yang dibicarakan) sedang dia dalam keadaan marah ( terhadap salah seorang atau sebab lain). ( Riwayat Al-Bukhari)

Para ulama sepakat menyatakan hadis di atas bukan hanya TERHAD kepada ‘marah’ tapi merangkumi semua emosi-emosi luaran yang menganggu seperti disebut di atas. (Al-Mabsut, Al-Sarakahsi, 16/78 ; Al-Minhaj wa nihayatul Muhtaj, 8/94 )

Kini malangnya, isu ini seolah dibicarakan di pentas awam, dipenuhi oleh manusia yang tiada kelayakan asas sebagai hakim, sering pula terpukau dengan emosi dan kepentingan masing-masing. Ia amat tidak adil kepada kedua-dua pihak. Justeru, nasihat ikhlas saya, wahai umat Islam jauhilah menentukan pendirian dan meletakkan keyakinan dalam isu berat sebegini, kerana anda tidak punyai basis yang diharuskan Islam untuk berbuat demikian.


sumber : www.zaharuddin.net

[Read More...]


1 Budak Lelaki Berbulu Pada Sebelah Muka



DEHUI, China - Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu.

       Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat.

       Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental.Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

      Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya..
     
      Apa akan jadi sekiranya An Qi , semua badannya dipenuhi bulu? Ataupun perkara ini berlaku pada diri kita.Adakah kita bersabar ataupun sebaliknya.Kita sebagai orang yang beriman sepatutnya bersyukur dan menerima apa yang ada pada diri kita atau ahli keluarga kita yang mungkin pelik dengan orang lain dengan seadanya... Mungkin ada orang lain yang lebih teruk lagi dari diri kita.Oleh itu, bersyukurlah.....
[Read More...]


1 Terkena Petir Gara-Gara Menghantar SMS



                                                                Gambar Sekadar Hiasan

Kejadian ni berlaku di Besut.Seramai 12 lelaki yang sedang berteduh dari hujan di sebuah wakaf di tepi sawah nyaris maut apabila mereka secara tiba-tiba disambar petir dalam kejadian di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, kelmarin.

Bagaimanapun hanya tiga daripada mereka mengalami kecederaan termasuk seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, di sini, yang parah dipanah petir ketika menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya.

Pelajar terbabit, Mohd Sahadam Nik Mar, 17, bersama dua lagi rakannya, Mohd Zailani Keria, 23 dan Muhammad Fariz Ismail, 15, yang berada di tempat kejadian rebah dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menurut saksi, Mohd Syaiful Bahari Ramli, 15, ketika kejadian, terdapat 12 orang di bawah wakaf yang terletak di kawasan sawah itu, termasuk ada yang berhenti berteduh daripada hujan lebat ketika itu.

Menurutnya, tiga mangsa terbabit dan beberapa rakannya berada di situ sejak jam 3 petang selepas pulang sekolah, dan hajat mereka untuk pulang lebih awal terkandas akibat hujan lebat berserta kilat.

“Sebelum kejadian, salah seorang daripada mereka sedang menaip mesej (SMS) kepada seseorang dan salah seorang yang berada di situ mengingatkan dia supaya tidak menggunakan telefon ketika petir.

Beberapa saat kemudian, tiba-tiba kilauan cahaya dan petir menyambar sebatang pokok yang berada satu meter dari wakaf, sebelum mengenai tiang wakaf hingga terbelah menyebabkan tiga orang rebah.Mujurlah petir itu mengena pokok dan tiang terlebih, kalau tidak entah apa yang akan terjadi kepada mereka ni.Mungkin lebih teruk lagi...

Moral dari cerita diatas, jangan menggunakan telefon semasa berlakunya petir...
Sebenarnya , semua perkara yang berlaku diatas jalan sebab dan musabbab yang ditentukan ALLAH...
[Read More...]


2 Nak Anak Lelaki



Pelbagai cara bagi si bapa yang berhasrat untuk memiliki anak lelaki. Bagi seseorang lelaki, pelbagai gurauan sinis yang tak sedap di dengar apabila mereka berkahwin tetapi tidak memiliki anak. Selepas memiliki anak, tetapi jika gagal mendapatkan anak lelaki, mereka juga akan menghadapi pelbagai sindirian seolah-olah tidak pandai membuat anak.

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Lelaki dan perempuan adalah sama sahaja. Rezki daripada Allah Swt. Mereka terima ketentuanNya. Tetapi terasa juga kekurangan dengan mengharapkan kelahiran anak lelaki yang meneruskan kesinambungan ‘bin’ dengan nama beliau bahkan sebagai lambang kepimpinan dan ketua keluarga.
Inikah Pria Terbau di Dunia? Kailash Singh tak Pernah Mandi Selama 37 Tahun

NEW DELHI - Kailash Singh percaya dengan tidak mandi akan membantu dia memiliki anak lelaki. Ugutan istrinya untuk berhenti tidur dengannya dianggap sebagai angin lalu. Tak terasa, sudah 37 tahun badan dan rambutnya tak pernah bersentuhan dengan air!

Singh, 65 tahun, tidak mandi atau memotong rambutnya sejak tahun 1974. Menjelaskan tekad peliknya itu, Singh menyatakan seorang imam harus memiliki anak lelaki untuk meneruskan generasi kepemimpinan. Sementara, ia hanya memiliki anak perempuan, tujuh orang jumlahnya. "Mungkin saya baru akan mandi di kehidupan kedua saya kelak." Sebagai pemimpin agama, Singh menghabiskan hari-harinya mengurus lembunya, menghisap ganja, berdoa kepada Dewa Siwa, dan menari di sekitar api unggun.

Keluarganya menceritakan, bukan sekali dua mereka meminta Singh mandi. "Dia selalu melawan kami dan melarikan diri jika disuruh mandi," kata istrinya, Kalavati Devi, 60 tahun. "Kami sudah mencuba beberapa kali sejak dia mogok mandi, dan selalu berakhir dengan perbalahan." Menurut Devi, bagi suaminya, lebih baik mati daripada disuruh mandi dan hanya anak lelaki yang boleh mengubah fikirannya. "Sudah bertahun-tahun, sekarang saya sudah terbiasa dengan baunya," katanya.

Keluarga Singh tinggal di dekat kota suci India Varanasi, di tepi Sungai Gangga, di mana suhu harian rata-rata 47 derajat Celcius. Fuh!!! Boleh tahan pe???

Sesiapa yang nak anak lelaki bolehlah tiru cara ni.... Gurau je...
[Read More...]


0 Bersunat: Tok Mudin bakal didenda RM3K & Penjara 1 Tahun



Nampaknya hak asasi manusia & hak beragama bakal dicabul lagi. Berkhitan merupakan amalan beragama dan dituntut dalam Islam bahkan ianya diamalkan sejak zaman nabi Ibrahim a.s. Tetapi kini nampaknya amalan beragama ini bakal diserang lagi. Baru reda isu mereka yang berjilbab dikenakan denda khususnya di Perancis dan Eropah. Berjilbab didenda tetapi berbogel adalah hak asasi manusia???
Kini amalan bersunat pulak dijadikan sasaran. Yang bertindik dan meletakkan pelbagai assesori tu takpe pulak. Yang bakal didenda adalah Tok Mudim. Nampaknya nanti Tok mudim kena buat sembunyi-sembunyi dalam gelap. Macam orang Islam disetengah Negara Eropah. Menyembelih binatang untuk dimakan adalah salah disisi undang-undang. Melanggar hak asasi binatang. Kalau nak sembelih jugak terpaksa sembunyi-sembunyi dan sembelih dalam tandas.. ish3X ada ke patut!!!

SAN FRANSISCO – Sebuah Organisasi gabungan telah diwujudkan dari kalangan doktor dari komuniti Muslim serta Yahudi. Ia bertujuan untuk menghadapi satu peraturan baru untuk menghalang praktik bersunat ke atas laki-laki di California itu.

November ini akan dilakukan pengundian atas perancangan tersebut. Salah satunya adalah mengenakan denda sampai USD1,000 dan satu tahun penjara bagi si pelaku sunat. San Francisco merupakan kota pertama yang mengadakan pungutan suara awam bagi larangan bersunat.

Para penyokong peraturan larangan tersebut mendakwa khitan bagi anak lelaki adalah satu bentuk paksaan dan penganayaan genital oleh orang tua terhadap mereka yang tidak berupaya (bayi). Amalan wajib oleh orang Yahudi dan Muslim itu adalah satu pelanggaran hak perundangan.

The Anti-Defamation League (ADL), Organisasi itu pula mendakwa kempen dan pungutan suara anti-sunat itu tidak sah dengan alasan bahwa Kota San Francisco tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan larangan. "Hukum California jelas," kata Nancy Appel, Pengarah ADL di San Francisco. "Hanya negara yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang tentang prosedur perubatan dan apatah lagi larangan ini melanggar peraturan itu. Hal ini tidak hanya membuang waktu, tenaga dan biaya, tetapi juga menyinggung pengertian tentang hak-hak orangtua dan kebebasan beragama."
[Read More...]


0 Menukar Default Favicon Dengan Mudah



    Apakah dia Favicon? Favicon ialah sejenis ikon kecil yang kelihatan muncul disebelah URL pada address bar sesebuah browser window. Untuk pengguna Blogspot, ikon empat segi berwarna oren yang mempunyai lambang “B” seperti ini – ialah ikon yang muncul secara default apabila anda membina blog di Blogger.com.

      Favicon ni sebenarnya boleh ditukarkan kepada design yang anda suka.Hari ini saya akan buat tutorial cara-cara untuk menukar Favicon dengan cara yang mudah kepada pengguna Blogspot.com.
     
     Sebelum memulakan langkah ini, adalah lebih baik anda membuat backup untuk template blog anda terlebih dahulu. Ianya sangat mudah.

     Di halaman dashboard akaun blogger anda, klik pada Layout > Edit HTML dan klik pula pada link “download full template” untuk menyimpan file template ke dalam komputer anda.

     Ok, setelah selasai membuat backup, anda terlebih dahulu membuat imej favicon sendiri atau mencari imej favicon yang anda minati di laman-laman web.anda boleh juga mencari dilaman web ni untuk memilih imej favicon pilihan anda.KLIK SINI .
      
     Setelah anda selesai mereka atau memilih imej favicon,  pergi ke page ini bg tujuan mendapatkan “direct link” ke imej tersebut.Browser imej favicon anda dan upload it sepertimana gambar dibawah:

Setelah itu, anda akan memperolehi hasil sepeti ini:-

Link tersebut akan berbentuk seperti ini:- <link rel="shortcut icon" href="http://www.iconj.com/ico/9/9/99wec38vrg.ico" type="image/x-icon" /> 

Sekarang, kita boleh mulakan proses menukar favicon. Ikuti langkah-langkah berikut:-
1. Klik pada Layout > Edit HTML di halaman dashboard akaun Blogger anda.
2. Cari kod berikut <data:blog.pageTitle/> (ia terdapat dibahagian atas)
3. Kemudian, masukkan kod dibawah(anda) selepas <data:blog.pageTitle/>
<link rel="shortcut icon" href="http://www.iconj.com/ico/9/9/99wec38vrg.ico" type="image/x-icon" />
4.Hasilnya, <title><data:blog.pageTitle/></title><link rel="shortcut icon" href="http://www.iconj.com/ico/9/9/99wec38vrg.ico" type="image/x-icon" />

Proses hampir selesai. Setelah memasukkan kod tersebut, sila klik pada preview dan kalau dah berpuashati klik “save template”.

Selamat mencuba….

[Read More...]


2 Manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang matanya menawan?”



Tidak ada makhluk di dunia ini yang mendapat keistimewaan dan penghargaan tertinggi oleh Sang Pencipta Alam Semesta kecuali “wanita”.

     Namun sedih rasanya hati ini, jika saat ini dunia modern dengan adanya  golongan yang menuntut kebebasan dan kesamarataan, berusaha dengan pelbagai cara untuk menghilangkan keistimewaan-keistimewaan wanita itu menjadi kehinaan-kehinaan yang sangat memilukan hati.
 
     Padahal Islam telah memberikan hak-hak,menghormati,dan memuliakan kaum wanita 15 abad yang lalu,hal itu dijelaskan dengan gamblang di dalam Al-Quran dan Hadist-hadist Nabi Saw,dan kemuliaan wanita lebih tinggi daripada kemuliaan para bidadari sekalipun,berikut ini adalah salah satu hadistnya :
Imam Ath-Thabrany mengisahkan dalam sebuah hadist, dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli’.”
Beliau menjawab, “Bidadari yang kulitnya putih, matanya menawan dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan baik’. (Al-waqi’ah : 23)
Beliau menjawab, “Terangnya seperti terangnya mutiara di dalam lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik’.” (Ar-Rahman : 70)
Beliau menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita”
Saya berkata lagi, Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik’.” (Ash-Shaffat : 49)
Beliau menjawab, “Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit telur bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Penuh cinta lagi sebaya umurnya’.” (Al-Waqi’ah : 37)
Beliau menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”
Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang matanya menawan, seperti kelebihan apa yang dilihat daripada apa yang tidak dilihat.”
Saya bertanya, “Karena apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Beliau menjawab, “Karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami ridha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.
Saya berkata, “Wahai Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dengan dua, tiga, atau empat laki-laki lalu meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka pun masuk surga pula. Siapakah di antara laki-laki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
Beliau menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa di antara mereka yang akhlaknya paling bagus, lalu dia berkata, ‘Wahai Rabb-ku, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya’. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.”


MasyaALLAH …. demikian sayangnya ALLAH pada wanita ….. kan?
[Read More...]


0 Insentif poligami untungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan



KOTA BARU, 22 Jun – Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.
        Dipetik Bernama Online, beliau berkata langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.
“Baguslah, cadangan insentif itu baik dari segi agama, dan ia boleh membantu mengharmonikan rumah tangga yang dibina secara poligami,” katanya.
       Daud, yang merupakan seorang daripada penggubal Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, diminta mengulas kenyataan exco negeri itu Wan Ubaidah Omar mengenai cadangan Kelantan memberi insentif kepada suami yang tidak merahsiakan poligami.
     Wan Ubaidah berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya daripada pengetahuan isteri dan anggota keluarga lain bagi mengelak berlaku salah faham.
[Read More...]


3 Gambar Buraq Nabi ketika Isra’ & Mi’raj?



Bulan Rejab ni mana-mana surau, masjid agak subur dengan program atau majlis memperingati peristiwa berlakunya mukjizat besar bagi Rasulullah Saw. Ia dicatatkan dalam satu surah al-Quran iaitu surah al-Isra’ ayat pertama.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqso yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Isra’ adalah perjalanan dibumi dari Mekah ke Palestine mana Mi’raj perjalanan dari Palestine ke langit mengadap Allah Swt. Banyak peristiwa yang memberi pengajaran kepada umat Islam. Ia hanya berlaku dalam satu malam dan menaiki tunggangan yang didatangkan khas dari syurga yang dinamakan Buraq. Lebih kecil daripada kuda dan lebih besar daripada baghal.

Penulis pernah melihat satu gambar yang tertampal didinding dalam frame yang menggambarkan ‘Buraq Nabi’ bahkan sesetengah rumah masih lagi tertampal gambar tersebut. Dikatakan buraq dengan wajah seorang perempuan Hindustan dengan bersayap. Semua ini adalah khurafat. Peristiwa yang tiada siapa sedari hanya Rasulullah Saw. Bila pulak dia pergi ambik gambar disitu? Semua ini bertujuan mencari duit untuk kepentingan dunia. Sedangkan ianya dari syurga yang tidak pernah dilihat manusia, tidak pernah didengar, tidak terlintas dihati manusia. Bahkan ada yang menggambarkan Rasulullah Saw menaiki Buraq tersebut.

Diharapkan jika masih ada didinding rumah saudara semoga dibuang dan dibakar sahaja. Jangan biarkan khurafat berada dalam rumah saudara.

Peristiwa paling penting daripada Isra’ & Mi’raj ini adalah keyakinan. Sejauhmana seseorang itu yakin kepada baginda Rasul dan kekuasaan Allah Swt. Sebagaimana sahabat Rasulullah Saw yang akhirnya digelar as-Siddiq kerana membenarkan peritiwa tersebut berlaku walaupun dituduh gila oleh penduduk Quraish.

Hari ini orang melayu Islam menyambut peristiwa Isra’ & Mi’raj setiap tahun.Yang mengherankan mereka yakin dan percaya walaupun peristiwa iatu berlaku 14 abad yang lalu dan peristiwa itu tidak tertanding sehingga kini meskipun dalam dunia moden ini. NASA masih berhempas pulas untuk menghantar manusia ke planet marikh, planet paling hampir dengan bumi sedang baginda melepasi semua planet dan melepasi 7 lapis langit.
[Read More...]


2 Remaja Britain disyaki dalangi serangan godam laman web ditahan




Ingat lagi tak berita tentang kumpulan penggodam yang agak terkenal, Lulz Security  yang  pernah menceroboh laman web Sony dan Sistem Penyiar Awam AS. Dan selepas tu diorang  telah berjaya menggodam laman web CIA....

      Bila dengar IKIM kt radio pagi td, saya dengarlah petikan berita dari akhbar2 utama di Malaysia.Antara yg menarik perhatian iaitu penahanan remaja Britain yang disyaki menggodam  laman web telah ditahan.

     Berikut adalah petikan dari surat khabar Utusan Malaysia Online :

LONDON 22 Jun - Polis Britain menahan seorang remaja berusia 19 tahun kerana disyaki terbabit dengan kumpulan penggodam Lulz Security yang menceroboh laman web Agensi Perisikan Pusat (CIA), Senat Amerika Sayrikat (AS), Sony dan lain-lain.
Remaja yang dikenali sebagai Ryan Cleary, telah ditahan dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI ) pada malam Isnin lalu di sebuah rumah pekan Wickford di Essex, tenggara England, atas tuduhan penipuan dan penyalahgunaan komputer.
Dia kini disoal siasat di balai polis di London.
Sumber polis berkata, penahanan mempunyai kaitan dengan serangan Lulz Security dan dipercayai menjadi penahanan yang penting.

     Hebat juga budak yg berusia 19 tahun ni sehinnga mampu untuk menggodam laman web CIA, Sony dan lain-lain.

     Pepatah melayu ada mengatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
[Read More...]


0 PERISTIWA DI BULAN REJAB



Pengertian Rejab

         Rejab membawa maksud kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. 

         Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.
[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors