You are here: »
Home » All posts
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati yang
sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari
sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2.
Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan
syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal
dianjurkan.
Rakan Blogger nak tak kalau hadiah utama contest yang bakal dianjurkan adalah kereta Perodua Myvi Extreme?
Aku yakin semua nak terutama yang belum ada kereta lagi. Siapalah nak
sponsor hadiah semahal tu melainkan PERODUA tapi nak ke PERODUA pandang
blog Denaihati. Tidak mustahil tetapi agak susah sikit jadi janganlah
kita mengharap bulan jatuh ke riba.
Percaya tak ada yang nak sponsor hadiah Myvi 1.5 Extreme tapi dengan syarat beliau menang hadiah RM100ribu yang dianjurkan oleh DEALMATES. Apa kata kita semua support beliau untuk menang contest DEALMATES. Mudah je ikut cara-cara dan syarat yg ditetapkan :
- Mesti warga Malaysia yang ada MYKAD
- Mesti ada akaun FACEBOOK
- Klik link referral ini DEALMATES
- Daftar akaun DEALMATES atau connect menggunakan Facebook
- Kongsikan entri “Win RM100,000 Cash from DealMates.com” di Facebook anda.
- Isikan data beribadi nama dan no hp untuk pengesahan pemenang
- Paling best anda juga layak untuk menang RM100ribu setelah melakukan semua di atas.
Jadi jangan tangguh lagi jom klik link ini DEALMATES
untuk support kawan kita menang RM100k yang dah janji nak sponsor Myvi
1.5 Extreme. Bayangkan drive PERODUA Myvi Extreme di lebuhraya Utara
Selatan mesti boleh pulun cecah 180km/jam. Blogger Ariffshah pun join contest ini jadi kenapa tidak kita.
Ranking terkini : No 3 (Mari kita ramai-ramai bantu supaya jadi No 1)
[Read More...]
Sebelum tidur adalah lebih baik kalau seSEOrang itu memulakan dengan adab-adab atau tata tertib sebelum tidur sesuai dengan anjuran Islam yang diajar kepada kita oleh nabi besar kita Muhammad SAW. Anta tanda cinta kepada nabi ialah mengikuti apa yang dilakukan oleh nabi samada melakukan yang disuruh oleh nabi atau meninggalkan yang dilarang olehnya.
Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan sebelum tidur :-
1. Bersuci (berwudhu'
dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum
muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat
apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat.
8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca
sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan.
Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala
bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu
diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah
ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan
dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.
[Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali]
[Read More...]
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan
mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang
cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami
boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka.
Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa
benar-benar dicintai dan disayangi.
1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara
ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan
membuat dirinya ceria sepanjang hari.
2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang
dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri
akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.
3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa
perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah
tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami
begitu prihatin tentang dirinya.
4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah
membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang
dilupai isteri, suami akan makin dicintai.
5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika
sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa
gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang
hari.
[Read More...]
LEMBU: Hai anjing, apa habaq?Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih.Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh.kenapa pula?
ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat bila nampak Aku dan lelaki tu berkata
"Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ...
ANJIN.........G:
Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.Yang
dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah,lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak
boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la..manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU :))
[Read More...]