Mahasiswa kini bebas berpolitik dengan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.
“Boleh, dengan sendirinya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, Naib Presiden MCA Gan Peng Siew dan UKM4 di Hotel Mines Wellness di sini semalam.
Kenyataan tersebut disokong oleh Khairy
Mereka juga meminta agar pihak kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.
sumber : Sinar Harian
1 comment
Kerajaan Jangan Tak buat rayuan. Tunggu apa pula kata Mahkamah Persekutuan.
Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.
Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.
Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya. Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahamai bukan pemikiran beremosi dan popular.
Post a Comment