Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011? Sorakan dan gegak-gempita daripada penyokong tuan rumah seharusnya tidak memberikan sebarang tekanan kepada Harimau Muda ketika berdepan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 hari ini.
Dijangkakan hampir 80,000 penyokong Indonesia akan memenuhi setiap tempat duduk di Stadium Gelora Bung Karno bagi memberi sokongan padu kepada Sang Garuda Muda.
Bagi mereka, kemenangan ke atas Harimau Muda cukup penting bagi mengembalikan semula maruah abang mereka – skuad senior Indonesia yang tercalar selepas tumbang pada final Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Ketika itu, skuad senior negara kendalian Datuk K. Rajagobal berjaya membenam ego Indonesia apabila muncul juara Piala Suzuki AFF dengan kemenangan secara agregat 4-2.
Menyedari hakikat itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak mahu skuad kendaliannya terbawa-bawa dengan sentimen yang cuba dimainkan pihak lawan.
Bagi menyerap ‘gelora’ ciptaan penyokong tuan rumah, Kim Swee menyandarkan harapan kepada empat tonggak pertahanan berpengalaman – Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat serta kapten Baddrol Bakhtiar – bagi membimbing barisan pemain mudanya.
Kecuali Baddrol, Muslim, Fadhli Shas, Mahali, Asraruddin dan Khairul Fahmi merupakan pemain yang menjadi antara watak penting di sebalik kejayaan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Ketika ini, Indonesia menerajui Kumpulan A dengan mengumpul sembilan mata dan Harimau Muda yang berada di tangga kedua, hanya ketinggalan dua mata di belakang skuad Garuda Muda itu.
Singapura yang turut mengintai peluang memburu slot separuh akhir berada di tangga ketiga apabila mengumpul empat mata, diikuti Thailand (tiga) dan Kemboja gagal meraih sebarang mata.
Atas kertas, Harimau Muda hanya perlu seri ketika menentang Indonesia, manakala Singapura bakal berdepan tugas getir untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan Thailand dalam satu lagi aksi Kumpulan A.
Apapun, segala keputusan perlawanan Malaysia Vs Indonesia hanya dapat kita ketahui pada perlawanan hari ini pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia. Diharapkan Harimau Muda mampu memberi tentangan dan seterusnya menumbangkan Indonesia di depan penyokong mereka sendiri.
Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011
Gol tunggal Shahrul Azwari pada minit ke-17 memastikan skuad Harimau Muda memungut mata penuh dan menobatkan Malaysia sebagai juara kumpulan yang akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir.
3 comments
hehh~ Cik abah CK p0n ngh menonton bola nie..:D
Tahniah!
gogogoo Malaysia..mantop
Post a Comment