0 Kaitan Angka 83 Di Kota Teotihuacan




Sekumpulan ahli arkeologi mendapati seni bina di kota purba Teotihuacan saling berkaitan dengan angka ‘83’.

Ahli arkeologi dari Jepun, Saburo Sugiyama berkata, angka tersebut ‘muncul’ di serata tempat di Teotihuacan.

Ketika membentangkan hasil kajiannya dalam satu mesyuarat khas kepada pakar sejarah Teotihuacan, Sugiyama berkata, terdapat ‘penemuan tetap’ berhubung ukuran 83 sentimeter dalam keluasan lebih dari 18 kilometer persegi di kawasan tersebut.

Agensi berita FOX News Latino melaporkan, bandar purba itu pernah didiami kira-kira 100,000 penghuni dalam tempoh 14 abad lalu.

Apa yang paling mengejutkan, keluasan permukaan kota tersebut turut dikira seluas 83 kilometer persegi.
Dalam pada itu, Teotihuacan pernah menjadi kota terbesar keenam di dunia dan terletak kira-kira 48 kilometer timur laut Mexico City.

Kota purba itu dikenali kerana memiliki beberapa piramid besar dan susunan kompleks bangunan yang berselerak namun pada abad ketujuh, ia dikosongkan dan sehingga kini, pakar sejarah tidak dapat mengungkai jawapannya.

Kota purba Teotihuacan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Jangan lupa klik Google +1 ye



Anda sedang membaca artikel Kaitan Angka 83 Di Kota Teotihuacan dan link url bagi entri ini adalah https://manmala.blogspot.com/2011/11/kaitan-angka-83-di-kota-teotihuacan.html. Semoga artikel Kaitan Angka 83 Di Kota Teotihuacan ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors