Proton Saga FLX SE? Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, PROTON Holdings Bhd
hari ini memperkenalkan kemasukan baru variasi Saga, Saga FLX SE, yang
telah bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta.
Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake
Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta
dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan
bakar.
Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana
kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan
bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan
pengemudian yang cemerlang.
Kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan
transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan
antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat
peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.
Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter
pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran
dan tiga hiasan dalaman.
Sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini
terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan PROTON menerima
kira-kira 331,768 tempahan.
Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan; Putih dan Merah. Bagi Saga
FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana
terdahulu.
Post a Comment