JPN Mula Keluarkan MyKad Baru Mulai 3 Jan? Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa
ini.
Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara
berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor,
sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Feb ini.
Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.
MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri
keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih
bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan
teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan
berlaku.
JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian
antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan
kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering
dibangkitkan akhir-akhir ini.
MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan
keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan
daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk
yang telah ditambahbaik.
Cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan
Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Jan, Johor Bahru (14 Jan),
Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Bharu (20 Jan),
Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).
Selain itu, pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan
MyKad baru pada 2 Feb, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan
lain pada 7 Feb serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Feb.
JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.
Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak.
1 comment
macam xde perubahan jew.. huhu
dah bnyak kali tukr mykad lollz.. *dompet ilang, nak wat cm ner ;D
Post a Comment