8 Maksud Dan Fungsi Pagerank



Apa Dia PageRank ? Mesti ramai yang dah tahu maksud dan fungsi pagerank ni kan, namun mesti ramai lagi yang tidak tahu, mungkin juga raga-ragu apa kelebihan serta pengaruh google pagerank terhadap blog. Tidak kurangnya mereka yang tak nak ambil tahu sebab hala tuju masing-masing berbeza kan.

Maksud Dan Fungsi Pagerank (PR)

Maksud - Pagerank adalah sesuatu kayu ukur kepercayaan kualiti sesebuah blog yang di anugerahkan oleh google setelah melihat kriteria yang di tetapkan untuk menilai sesebuah blog.

Kiraan Pagerank - Semakin besar jumlah pagerank yang di berikan google, maka semakin bernilai dan mendapat kepercayaan blog tersebut daripada google. Hitungannya dari PR0 hingga PR10 sahaja.

Fungsi - Macam aku jelaskan tadi nilai pagerank adalah kayu ukur kepercayaan kualiti sesebuah blog. So dalam hal ini, pada SERP google artikel-artikel blog yang memiliki PR tinggi akan mudah mendapat posisi yang baik dengan mudah jika kena caranya berbanding blog PR rendah.

Contoh : Blog aku hanya berstatus PR2 dan manakala blog dia PR9. Kami buat entri yang berformat sama dan tiada kelebihan masing-masing disitu. Dalam persaingan itu, blog yang memiliki PR lebih tinggi akan di anggap lebih penting dan lebih di berikan kepercayaan di posisi yang lebih baik pada search engine google. Namun ini tidak bermakna blog yang memiliki PR rendah tidak boleh mengatasi blog PR tinggi jika kita ambil tahu kriteria SEO yang berkaitan dengan kehendak google.


Point penting :

  • Google tidak menjual beli nilai pagerank.
  • Setiap URL itu ada nilai "kepentingan" tertentu pada mata google.
  • Homepage URL dan single post URL tidak sama nilai kepentingannya (nilai PR).
  • Single post URL tidak akan melebihi status PR hompage (bina backlink ke hompage dahulu).
  • Semakin banyak jumlah link menuju ke sesebuah URL, maka URL tu akan di anggap semakin penting untuk di tempatkan di posisi baik pada search engine.
  • Backlink dofollow adalah sesuatu yang sangat berkualiti.
  • Backlink dari URL yang telah di beri mandat / anugerah PR tinggi mebuat URL kita juga di anggap penting.
  • Google pagerank tidak mengambil masa yang singkat untuk turun mahupun naik, sebab google malas update.
  • Google pagerank tidak mementingkan frequency update entri sebagaimana alexa. Apa yang perlu bina link dengan rakan-rakan (makin banyak makin bagus dan nampak).
  • Aku beri gambaran backlink ni macam mention URL homepage atau entri kita. Semakin banyak ianya di mention, bermakna URL tu nampak penting kan?
  • Boleh bina network backlink sendiri tapi pastikan guna kemahiran agar ianya nampak natural. Jangan terlalu banyak dalam tempoh masa yang singkat, ianya boleh di anggap spam. 
  • Google suka natural backlink bukan spam dan bukan desakan.
  • Google paling tidak suka jual beli backlink. Jika didapati boleh di banned google !!
  • Pelbagaikan jenis sumber backlink selain dari bookmark, blog ada banyak lagi jenis agar nampak bervariasi.
  • Sesuatu yang redirect automatik dan di hostkan, tidak dikira sebagai backlink. 


sumber : forblogger



[Read More...]


5 Basikal Sperma Curi Perhatian



Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle

Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.


[Read More...]


3 Keputusan Malaysia Vs Thailand Sukan SEA 2011




Skuad bola sepak negara menceriakan peluang untuk melangkah ke saingan separuh akhir selepas menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Sukan SEA, 2011 di Stadium Utama Bung Karno, Jakarta, Indonesia petang ini.


Malaysia memperolehi jaringan awal pada minit ke-24 melalui Baddrol Bahtiar dan gol kemenangan hasil rembatan kencang Izzat Faris minit ke-85.

Manakala gol sulung Thailand hadir menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 bagi menyamakan kedudukan 1-1.


[Read More...]


4 Asteroid Sebesar Kapal Lintas Bumi



Sebuah asteroid sebesar sebuah kapal induk bergerak menuju dan malintasi ke arah Bumi semalam.

Saintis-saintis Program Objek Dekat Bumi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang mengesan asteroid dan komet menyatakan bahawa objek tersebut tidak akan menerjah Bumi.

Mereka menggunakan peluang tersebut untuk mempelajari lebih lanjut tentang asteroid berkenaan yang dikenali sebagai 2005 YU55.

Foto daripada NASA ini menunjukkan imej asteroid 2005 YU55 yang dirakam pada 7 November lalu.

Kali terakhir bahan kosmik sebesar ini bergerak menghampiri Bumi ialah pada 1976. Kejadian ini tidak akan berlaku lagi hingga tahun 2028.

Sejak minggu lalu, rangkaian antena balai cerap Deep Space Network di California telah memantau pergerakan asteroid selebar 0.4 kilometer itu ketika ia semakin menghampiri Bumi dari arah matahari.

Balai Cerap Arecibo di Puerto Rico pula merancang merakam asteroid berkenaan ketika ia melintasi Bumi pada jarak 325,072 kilometer (km) semalam iaitu lebih dekat daripada jarak Bumi dengan bulan.

Bulan berada pada jarak 384,400 km dari Bumi.


[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors