3 Burung Pertama Di Dunia Ada Bulu Hitam



Gambar menunjukkan
spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx
Burung Pertama Di Dunia Ada Bulu Hitam? Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.

Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.

Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.

"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS.







Anda sedang membaca artikel Burung Pertama Di Dunia Ada Bulu Hitam dan link url bagi entri ini adalah https://manmala.blogspot.com/2012/01/burung-pertama-di-dunia-ada-bulu-hitam.html. Semoga artikel Burung Pertama Di Dunia Ada Bulu Hitam ini bermanfaat buat anda.


3 comments

26 January 2012 at 16:16

berapa besar burung tu erk?

26 January 2012 at 23:23

Satu penemuan yang menarik,dan membuktikan pihak barat memang menerapkan budaya kajian secara sainstifik dan bersungguh-sungguh,cumanya mereka tidak atau belum diberikan hidayah dari Allah.

Anonymous
27 January 2012 at 01:13

lakaran burung tu macm tu erk?

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors