3 Pemuda 17 Tahun Didakwa Tembak Muammar Gaddafi



Seorang pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan mengacukan sepucuk pistol ke arah Muammar Gaddafi di Sirte dalam rakaman video yang disiarkan kelmarin.

Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang antipemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam.


Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya.

Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.

Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.

“Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur,” kata satu sumber.

“Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.

“Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.

“Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata sumber tersebut.
Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun.
[Read More...]


0 Bangkai Makhluk Asing Ditemui



ITAJUBA, Brazil - Satu mayat makhluk asing ditemui di sini dan dirakamkan pada 26 September 2011 yang berukuran 45 sentimeter tinggi.


Mayat itu dikatakan ditemui oleh seorang pegawai tentera polis, Jose Luis yang berusia 44 tahun dan berasal dari negeri Minas Gerais.

Semasa dia merakamkan imej itu, dia bersama dengan anak lelakinya.

Menurutnya, makhluk asing itu mengeluarkan bau yang amat kuat.

Namun, bangkai makhluk asing itu hilang degan tiba-tiba selepas empat hari dibiarkan.

Imej itu disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu.


[Read More...]


3 MotoGP Batal Akibat Kematian Pelumba Itali Simoncelli



SEPANG, 23 Okt (Bernama) -- Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad.

Simoncelli berusia 24 tahun.

Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.

Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
[Read More...]


2 Terengganu Dan N. Sembilan Ke Final



TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.


Keputusan perlawanan Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Manakala Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu.

Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.
 
[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors