3 Cara Memasang Meta Tag Pada Blog/Web



Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda cara memasang Meta Tag pada blog/web anda. Sebelum itu , apa sebenarnya Meta taag ini ? Meta tag ialah sebuah tag HTML yang istimewa di mana ia mengandungi maklumat tentang blog/blog itu. Tidak seperti HTML yang biasa, meta tag tidak mempengaruhi appearance blog itu. Sebaliknya meta tag dapat menberitahu kepada enjin pencarian tentang siapa yang buat blog itu, berapa kerap blog itu di update, entri blog itu menceritakan tentang apa dan apa keyword yang berkaitan dengan content blog itu.
 
KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN META TAG
Meta tag ini tidak di pasang secara automatik dalam blog. Oleh itu anda sendiri yang harus memasangnya untuk menikmati pelbagai manfaat dan kegunaan dari meta tag ini. Meta tag berfungsi untuk mengambarkan tentang keseluruhan content di dalam blog. Ia sangat penting supaya dapat memudahkan blog anda untuk di-crawl atau di analisis oleh enjin pencarian.

Sebab itu anda haruslah meletakkan keyword yang sangat sesuai dalam meta tag ini supaya blog anda dapat di optimakan pada enjin pencarian. Keyword ialah kata kunci yang banyak dikatakan pada entri blog anda. Pendek cerita, meta tag penting di pasang supaya blog anda akan jadi mesra SEO dan senang untuk spider meng-index blog. Bila blog anda untuk untuk di index oleh enjin pencarian, maka lagi mudah untuk blog anda muncul di enjin pencarian.

CARA PASANG META TAG
Sebelum pasang meta tag, blog anda haruslah dioptimakan terlebih dahulu supaya mesra enjin pencarian. Saya sarankan supaya menggunakan peng-optimaan SEO Genarasi Baru. Berikut adalah langkah-langkahnya :
Langkah 1
Pada dashboard blogger, klik design > Edit HTML > Tick pada 'Expand Widget Template' > tekan CTRL+F > taip dan cari kod di bawah
<title><data:blog.title/></title>
Kalau tak jumpa, taip kod 
<title><data:blog.pageTitle/></title>

Langkah 2
Pada kod tadi, highlight, padam dan gantikan dengan kod dibawah :
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>
Langkah 3
 Save Template. Siap!

Eh! belum siap lagi! huhu.. kali ini, baru kita akan pasang meta tag.. kesian korang, penat buat tutorial ni.. hehe.. takpe, learning is fun rite?

Ok ikuti step by step macamana nak pasang meta tag kat bawah :

Langkah 1
Salin kod di bawah pada notepad. Edit pada tulisan yang berwarna
<meta name="description" content="MASUKKAN DESCRIPTION BLOG ANDA (tidak lebih dari 150 patah perkataan)" />
<meta name="keywords" content="MASUKKAN KEYWORD BLOG ANDA (tak lebih dari 20 keyword)" />
<meta name="Charset" content="ISO-8859-1" />
<meta name="copyright" content="Copyright © 2011 NAMA ANDA ATAU NAMA BLOG (bukan url blog)" />
<meta name="author" content="NAMA ANDA" />
<meta name="designer" content="NAMA ANDA" />
<meta name="robots" content="index, follow" />
<meta name="googlebot" content="index, follow" />
<meta name="distribution" content="Local" />
<link rel="icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
<link rel="shortcut icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
Langkah 2
Pada dashboard klik design > Edit HTML > tick pada Expand Widget Template dan cari kod di bawah 
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Langkah 3
Copy and paste kod yang dah diedit tadi dibawah kod di atas. Ha?? tak faham! di bawah kod di atas? haha! Lihat contoh!




Langkah 4 
Save Template. Siap!

perhatian : anda juga boleh guna meta tag generator. Hanya isikan form dan dapatkan kod dia. Lepas tu tampal kt Edit HTML blog anda. Dapatkan disini.

Tahniah, anda berjaya melakukannya! Kalau tak faham, beritahu di bahagian komen ya :)
Mengoptimum SEO versi generasi baru ini saya copy  dari blog firdaus kasim. Terima kasih ye kerana membenarkan saya copy.


[Read More...]


1 Guna pencungkil gigi bina replika Teluk San Francisco



Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS.


 

 Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli.

Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.

Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan.
[Read More...]


2 ISA Dimansuh, Dua Undang-undang Baru Berkaitan Keselamatan Akan Digubal



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia malam ini, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.


Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan RTMi, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," katanya.

Najib ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Dalam perutusan tersebut, Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

"Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan," katanya.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Najib berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.
[Read More...]


0 Semakan Keputusan Rayuan Ke IPTA Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2011/2012



Semakan Keputusan Permohonan e-rayuan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012

Mulai 15 September 2011, pelajar lepasan STPM dan setaraf (matrikulasi) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan e-Rayuan.


Semakan e-Rayuan secara online
Semakan keputusan bagi permohonan e-Rayuan bagi lepasan STPM dan setaraf ke IPTA sesi 2011/2012 boleh dilakukan secara dalam talian (baca: online) melalui laman web berikut:
Atau membuka terus portal UPU.
Semakan e-Rayuan secara SMS
Semakan keputusan bagi permohonan e-Rayuan IPTA sesi 2011/2012 juga boleh dilakukan secara SMS menggunakan format berikut;
UPURESULTNO.KP dan hantar ke 15888
Semakan e-Rayuan di laman web IPTA
Semakan keputusan bagi permohonan e-Rayuan IPTA sesi 2011/2012 juga boleh dilakukan di laman web IPTA-IPTA berikut:



Surat tawaran rasmi rayuan boleh dicetak melalui laman web IPTA mulai 17 September 2011 (Sabtu)
Dasar Pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA.
Keputusan rayuan adalah MUKTAMAD. Jika tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga 30 September 2011, maka rayuan hendaklah dianggap gagal.
KPT tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayaun ke IPTA, Semua permohonan, pemprosesan dan pemilihan adalah secara berpusat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT).
Pertanyaan :
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian :
  • Hotline 03 8870 6767
  • Helpline 03 8870 6777
  • talian am 03 8870 6755 / 6766
  • faks 03 8870 6864
  • e-mel : upu@mohe.gov.my
[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors