2 YouTube Perkenal Reka Bentuk Laman Baharu




Laman perkongsian sosial YouTube memperkenalkan reka bentuk baharu kelmarin dengan paparan gaya program televisyen selain integrasi yang lebih baik dengan laman-laman web Google.

"Kami mencuba sedaya upaya mengabungkan ciri terbaik televisyen dengan ciri terbaik Internet," kata timbalan presiden pembangunan produk YouTube, Shishir Mehrotra di pejabat YouTube di sini.

"Terma video atas talian tidak lagi akan digunakan kerana video boleh ditonton dengan menggunakan pelbagai gajet," tambahnya.

Untuk mengukuhkan kenyataan tersebut, pengurus produk kumpulan YouTube, Shiva Rajaraman melakukan demonstrasi menonton klip video YouTube menerusi konsol permainan video Microsoft, Xbox360 yang disambungkan pada Internet.

Laman utama baharu YouTube menampilkan beberapa saluran yang dihasilkan oleh pelbagai sumber bermula daripada penggemar klip video hingga kepada stesen televisyen profesional atau studio perfileman.


[Read More...]


1 Kek Krismas Paling Panjang Di Dunia





Kek Krismas Paling Panjang Di Dunia? Seramai 80 orang tukang masak membantu mengukur kek Krismas paling panjang di dunia di sebuah hotel di Shanghai semalam.

Kek itu yang sepanjang 1,068 meter berperisa vanila dan mengandungi coklat diiktiraf dalam rekod Guinness sebagai yang terpanjang di dunia.

Ia dibuat sempena satu majlis kebajikan bagi mengutip derma untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.


[Read More...]


2 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011




Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011? Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.

Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.

Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini.

Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan.

Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

“Saya tidak sangka menang. Ia sangat hebat dan memang merupakan satu penghormatan yang amat besar bagi saya selepas memenangi anugerah pertama Supermokh ini.

“Kejayaan memenangi anugerah yang dinamakan sempena nama legenda bola sepak negara ini memang benar-benar hebat bagi saya memandangkan saya juga seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang,” kata pemain yang berasal dari Besut, Terengganu itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Datuk Ng Jui Sia.

Sementara itu, ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik.

Kemenangan tersebut adalah hasil kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala FA musim ini selain kemaraan pasukan itu ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Negeri Sembilan.

Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.


[Read More...]


0 Jadual Pembayaran Gaji 2012 Kakitangan Awam




Jadual Pembayaran Gaji 2012 Kakitangan Awam? Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) secara rasminya telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam bagi Tahun 2012.

Jadual Gaji 2012 : Semakan Kakitangan Awam


Bulan Tarikh Catatan
Januari
16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina
23 & 24 Jan 2012
Februari
23 Februari 2012
Khamis

Mac
22 Mac 2012
Khamis

April
25 April 2012
Rabu

Mei
23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2012
Jun
25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2012
Julai
25 Julai 2012
Rabu

Ogos
13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa
19 & 20 Ogos 2012
September
25 September 2012
Selasa

Oktober
22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji
26 Oktober 2012
November 6 November 2012
Selasa
Deepavali
13 November 2012
Disember 18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas
25 Disember 2012

Pekeliling jadual gaji 2012 SBPA ini, boleh rujuk di sini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Diharap jadual gaji 2012 ini dapat membantu anda dalam membuat rujukan awal seterusnya merancang kewangan anda setiap bulan.

[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors