12 Khasiat Dan Kelebihan Cuka Kurma




APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kandungan Cuka Kurma:-


Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
[Read More...]


2 Panduan Memuji Isteri



Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya bila mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.


Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.

Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Panduan Memuji
Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

2. Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

4. Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.

Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.

5. Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.

6. Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.
[Read More...]


7 Hidup 60 Tahun Tapi Sembahyang Cuma Setahun



Betul ker dengan dengan umur hidup seSEOrang itu di dunia ini selama 60 tahun tetapi masa untuk mengerjakan sembahyang keseluruhannya cuma setahun sahaja? Ini bagi mereka yang sembahyang yang wajib sahaja, tak campur yang sunat-sunat lagi tau. Cuba kaji balik secara mendalam.
 Dalam sehari kita diwajibkan bersolat 5 waktu. Subuh (2 rakaat), Zohor (4), Asar (4), Maghrib (3) dan Isyak (4). Jadi berapa rakaat kita solat setiap hari? Jawapannya 17 rakaat.

Ok, berapa lama masa kita ambil sehari utk bersolat bagi setiap waktu? Katakanlah setiap rakaat kita ambil masa 2 minit, darab 17 rakaat bersamaan 34 minit. So, jumlah sehari bersamaan 24 jam. Cuma 34 minit sahaja kita perlu menyembahNya! Cuba kira berapa lama kita berbual dengan rakan kita dalam sehari?

Ok, kita kira lagi dalam julat mingguan pulak….seminggu ada 7 hari..jika sehari kita perlukan 34 minit, seminggu kita perlukan 238 minit sahaja masa utk bersolat!!. Bandingkan pulak masa kita bershopping dan sebagainya…Lebih kan?

Bagaimana pulak dengan sebulan? Ok, sebulan ada 4 minggu jadi 238 minit tadi didarabkan dengan 4 jumlahnya 952 minit sebulan!!!

Kalau setahun? 952 minit sebulan tadi, darab dengan 12 bulan hanya bersamaan 11,424 minit!!! Jika kita tukarkan pula kepada mode jam, bererti hanya 190.4 jam setahun kita perlu bersolat! Jika ditukarkan pula kepada mode hari, kita hanya perlu solat dalam setahun hanya 7.93 hari utk mengadap yang Maha Esa!!!

Sekarang kita ambil dari segi usia pula….Kita ambil secara purata 60 tahun. Tolak 10 tahun, iaitu masa kita awal akil baligh, bermakna tinggal 50 tahun usia kita betul?

Sekarang cuba bayangkan dalam tempoh 50 tahun tu, berapa jam masa yang kita perlukan untuk kita bersolat sepanjang hidup kita?

Tadi kita telah memperolehi 190.4 jam setahun, jadi darabkan dengan 50. Jawabnya hanya 9,520 jam untuk tempoh 50 tahun. Bila ditukarkan kepada hari, ia menjadi 396.7 hari, iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja berbanding kita hidup selama 50 tahun!!! Bayangkan dalam jangkamasa itu kita perlukan setahun lebih sahaja untuk bersolat!!!

Sebenarnya terlalu sedikit masa yang diminta oleh Allah S.W.T untuk kita menyembahNya berbanding kenikmatan hidup yang telah diberikanNya sepanjang kita bernafas di muka bumi ini. Masa anda melancong, berhibur, tidur dan berbual-bual kosong tentulah berganda-ganda jumlahnya berbanding solat 5 waktu. Jadi jangan bazirkan hidup kita dengan perkara yang sia-sia. Renung2kan la..selamat beramal.
[Read More...]


0 Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al- Quran



Kali ini kita akan pelajari bagaimana cara mudah mencari muka surat dalam Al- Quran. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia).
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors