0 Kapal terbaharu Tentera Laut Diraja Britain



Sebuah kapal Tentera Laut Diraja Britain belayar ke Portsmouth, London kelmarin dengan menggunakan teknologi terbaharu.

Kapal HMS Dragon itu dilengkapi dengan sistem pertahanan peluru berpandu selain mampu menangkis serangan jet-jet pejuang. 


Ia kini ditempatkan di sebuah pangkalan di Portsmouth.

Kapal itu dilancarkan pada November 2008 dari Dermaga Govan di Scotland.

Sejak itu, kapal tersebut melakukan satu siri ujian di perairan Scotland. 

Kapal itu yang berada dalam kelas pemusnah 45 memiliki panjang 152 meter dengan kelajuan maksimum 27 knots serta 190 kru selain berat 7,500 tan.

Ia yang dibina oleh syarikat BAE Systems mempunyai kemampuan untuk menentang ancaman terbesar daripada jet-jet pejuang dan peluru berpandu.

Kapal itu kini sudah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Britain.
[Read More...]


2 Cara Buat Perkataan Bergerak (Scrolling/Marquee Text)



Membuat perkataan yang bergerak dapat menarik minat pengunjung terhadap pergerakan tersebut seterusnya menarik minat pengunjung apa yang ingin disampaikan oleh pemilik blog. Selain dikenali sebagai scrolling text, ianya juga dikenali sebagai marquee text.

Cara Buat Perkataan Bergerak

Walaupun pergerakan ini menarik minat, tetapi tidak digalakkan untuk diletakkan terlalu banyak di dalam blog kerana dibimbangi keadaan 'menarik' bertukar 'menyerabutkan'.:)

Berikut adalah tutorial untuk membuat perkataan bergerak.
Tutorial ini akan dimulakan dengan kaedah paling asas dan juga diletakkan penambahan.

1. Kod asas untuk perkataan bergerak (dari kiri ke kanan adalah)
<marquee>Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini seperti berikut:
Contoh scrolling text

Contoh scrolling text

2. Ubah pergerakan perkataan
Penambahan kod berikut diperlukan dalam kod asal.
direction="left"
direction="right"
direction="up"
direction="down"


Berikut contoh kod untuk pegerakan dari kanan ke kiri
<marquee direction="right" >Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

Contoh scrolling text

3.Ubah warna background
Untuk ubah background, perlu diletakkan kod berikut
bgcolor="#kod warna"

Senarai kod warna boleh didapati disini.

Contoh kod yang diletakkan background,
<marquee direction="right" bgcolor="# 00FF00 ">Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

Contoh scrolling text

4. Perkataan dalam keadaan 'anjal'
Penambahan kod berikut diperlukan ke dalam kod asal.
behavior="alternate"

contoh kod yang diletakkan trick ini.
<marquee behavior="alternate" bgcolor="# 00FF00 ">Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini
Contoh scrolling text

Contoh scrolling text

5.Ubah kelajuan perkataan.
Pergerakan juga dapat diubah dengan menambah kod berikut
scrollamount="2"

Contoh kod dengan trick ini.
<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="# 00FF00 " scrollamount="2">Contoh scrolling text</marquee>

Output:
Scrollamount :2
Contoh scrolling text

Contoh scrolling text

Scrollamount :4
Contoh scrolling text

Contoh scrolling text

6. Pause apabila cursor dilalukan.
Perkataan yang bergerak juga dapat dihentikan apabila dilalukan cursor. Kebiasaannya ini untuk memudahkan pengunjung untuk membaca apa yang ingin disampaikan tanpa ganguan.

Penambahan kod yang perlu dilakukan adalah
onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()"

Contoh kod dengan trick ini.
<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="# 00FF00 " onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" >Contoh scrolling text</marquee>

output untuk trick ini.
Contoh scrolling text

Contoh scrolling text
[Read More...]


0 Air sungai melimpah umpama tsunami



Seramai 20 orang cedera apabila air Sungai Qiantang melimpah dari tebing dalam satu fenomena alam semula jadi di timur China kelmarin.


Ketika kejadian ramai orang berkumpul di tepi sungai itu untuk melihat arus deras yang menghempas tebing sehingga ia kelihatan seperti ombak besar.

Ia berlaku pada setiap tahun akibat graviti bulan yang menyebabkan arus deras dari laut bergerak ke sungai berkenaan.

Namun, tanpa disangka-sangka kekuatan arus itu menyebabkan air sungai berkenaan melimpah umpama ombak tsunami menyebabkan orang ramai berlari sehingga ada yang terjatuh dan cedera dalam kejadian itu.
[Read More...]


0 Tahukah Anda



1. Jual Tetris Boleh Kaya
Permainan  popular  Tetris telah terjual melebihi 40 juta unit di seluruh dunia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1982. Kira-kira 800 juta keuntungan untuk perekanya.

2.Hormati Papan QWERTY
Rekaan papan kekunci QWERTY telah berumur 138 tahun. Memang dah tua pun papan kekunci yang selalu kita gunakan ini, tetapi masih berguna.


3. CTRL+ALT+DEL
Kombinasi CTRL+ALT+DEL adalah dicipta oleh David Bradley, iaitu seorang jurutera yang membina PC IBM. Ia direka pada mulanya untuk kegunaan mereka yang mencipta program dan dokumentari, agar boleh Reboot komputer tanpa perlu memadamnya.



4. Berapa Kali Mata Berkelip Di Komputer
Adakah anda tahu berapa kali mata anda berkelip di depan komputer? Baiklah, mata manusia normal berkelip 20 kali seminit, manakala mata pengguna komputer hanya 7 kali seminit sahaja.


[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors