5 Cara Memasang Related Post Di Blogspot




Cara pasang related post  adalah seperti berikut :

1. Seperti biasa,  login dahulu ke akaun blogger anda.
2. Kemudian masuk ke bahagian design lalu Edit HTML
3. Jangan lupa tandakan Expand Template Widget
4. Biasakan back up dahulu temnplate dulu ya
5. Kemudian letakkan kode berikut di bawah </head>

<style type='text/css'> #related-posts { float : left; width : 100%; margin-top:20px; margin-left : 5px; margin-bottom:20px; font : 11px Verdana; margin-bottom:10px; } #related-posts .widget { list-style-type : none; margin : 5px 0 5px 0; padding : 0; } #related-posts .widget h2, #related-posts h2 { font-size : 20px; font-weight : normal; margin : 5px 7px 0; padding : 0 0 5px; } #related-posts a { text-decoration : none; } #related-posts a:hover { text-decoration : none; } #related-posts ul { border : medium none; margin : 10px; padding : 0; } #related-posts ul li { display : block; background : url(&quot;https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9cNpVAbc0Q7Tc5NgdjEVYaN2eeHWWx8xyzo_GG4XdBScTTzmwaEyvbeoB_dvvjsG-Jn_MD6Odf_ixwMtWXa7y3k7lLVFJp98LeR6i6CAFX5yEPONxbzBEVbR4coW6ZYBsFbOK89ydk34/&quot;) no-repeat 0 0; margin : 0; padding-top : 0; padding-right : 0; padding-bottom : 1px; padding-left : 21px; margin-bottom : 5px; line-height : 2em; border-bottom:1px dotted #cccccc; } </style> <script src='http://belajarblogging.googlecode.com/files/relpost.js' type='text/javascript'/>
6. Setelah selesai anda letakkan code di atas, cari <data:post.body/> kemudian letakkan pula code yang berikut ini di bawahnya

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div id="related-posts">
<font face='Arial' size='3'><b>Related Posts : </b></font><font color='#FFFFFF'><b:loop values='data:post.labels' var='label'><data:label.name/><b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>,</b:if><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels&amp;max-results=5&quot;' type='text/javascript'/></b:if></b:loop> </font>
<script type='text/javascript'> removeRelatedDuplicates(); printRelatedLabels();
</script>
</div></b:if>
7. Save template dan anda boleh lihat hasilnya.

Semoga ada manfaat dari tutorial/ cara pasang related post ini.

Jangan lupa klik Google +1 ye



[Read More...]


3 Teka Teki Berserta Jawapan




1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki?

2. Kalo Undertaker naik motor,The Rock naik apa?

3. Ulat gonggok ader 100 kaki, tiap kali die belok kaki die tinggal 99.. Knape eh..??

4. Ade 10 burung hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kene 2 ekor. Beraper burung yg tinggal ?

5. Kenapa superman pakai baju ketat

6. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. Ape tu..??

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?

8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?

9. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

11. Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

12. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

13. Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa?

14. Kalau kat tangan, jam tangan,.. kalau kat dinding, jam dinding.. kalau kat dahi, jam apa?

15. Beza Burung dgn Unta

16. Potong panjang, tak potong pun panjang?

17. Nampak dibawah cari di atas?

18. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

19. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

20. Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa?

Jawapan

1. Burung kena pijak

2. Naik kening

3. 1 kaki beri signal belok

4. 10 burung, die tembak ekor aje, tak tembak burung

5. Sebab baju dia sais "S"

6. Masuk benang dlm jarum

7. Bas sekolah

8. Milo ais

9. Kalau die angkat sume kaki, die jatuh lerr

10. Motor sebab motor pakai tongkat

11. Org panjat pokok kelapa

12. Ikan betina = ikan duyong, Ikan jantan = ikan bakar.. mane ade pompuan name bakar

13. Buang tebiat

14. Jambul

15. Unta ada burung , tapi burung tak ada unta)

16. Kacang panjang

17. Bumbung bocor

18. Lampu stadium dibukak bile start game.. lampu bilik ditutup bile start 'game'

19. Kambing binATANG

20. 1- anjing laut, 1- anjing biasa


[Read More...]


4 Jip Tentera Yang Boleh Terbang Dicipta



Ia mungkin kelihatan seperti gambaran dalam komik tetapi jip terbang ini akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi.

Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (Darpa), iaitu satu daripada cabang tentera Amerika Syarikat sedang membina kenderaan futuristik ini menggunakan model kenderaan tentera Humvee dan dijangka sedia digunapakai menjelang akhir tahun depan.


Jip itu dicipta supaya dapat dipandu merentasi muka bumi paling sukar, mampu menahan tembakan senjata dan boleh terbang serta mendarat dengan hanya satu petikan suis.

Tentera AS berharap Humvee terbang itu boleh membawa empat askar bersama peralatan mereka pada satu-satu masa, terbang dan mendarat secara menegak, boleh diterbangkan sejauh 400 kilometer dengan menggunakan satu tangki penuh minyak serta boleh dikendalikan tanpa perlu latihan sebagai juruterbang.

Kenderaan dwi-fungsi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana sebelum ini, syarikat Terrafugia telah mencipta Transition, iaitu kapal terbang kecil yang sayapnya boleh dilipat dan dijadikan kereta biasa. Penggunaan Transition diluluskan di AS, Julai lalu selepas melepasi beberapa ujian.


[Read More...]


3 Ular Sawa Telan Rusa Dibunuh



Beberapa pekerja di Taman Negara Everglades, negeri Florida, menangkap dan membunuh seekor ular sawa Burma sepanjang 4.87 meter.



Reptilia itu ditangkap semasa ia kekenyangan selepas menelan seekor rusa seberat 34.5 kilogram.

Penyelaras spesies eksotik Suruhanjaya Perikanan dan Hidupan Liar Florida, Scott Hardin berkata, pekerja-pekerja berkenaan menemui ular sawa betina itu pada Khamis lalu.

Menurutnya, ular itu ialah antara reptilia terbesar pernah ditemui di Florida Selatan.

[Read More...]


1 Saintis Ulang Eksperimen Zarah "Lebih Laju Daripada Cahaya"



Para saintis yang mengejutkan dunia fizik dengan laporan uji kaji zarah yang bergerak melepasi had laju alam semesta berkata semalam, mereka sedang mengulangi eksperimen yang mencetuskan perdebatan itu.


"Ujian yang baru telah bermula dua atau tiga hari lalu," kata Timbalan Ketua Institut Fizik Nuklear dan Fizik Partikel Kebangsaan Perancis (IN2P3), Stavros Katsanevas.

"Para pengkritik mengatakan bahawa keputusan kami adalah kesilapan statistikal. Ujian yang baru ini akan membantu kami menjawab kritikan itu," katanya kepada AFP.

Pada 23 September, pasukan itu mengejutkan ahli-ahli fizik partikel dengan mengatakan mereka telah berjaya mengukur neutrino yang bergerak sekitar enam kilometer sesaat lebih pantas daripada halaju cahaya yang diputuskan oleh Einstein sebagai kelajuan yang paling tinggi boleh wujud.

Neutrino itu telah diukur melalui trajektori sepanjang 732 kilometer antara Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Switzerland dan sebuah makmal di Itali.

Menerusi transformasi yang kompleks beberapa daripada proton tiba di destinasi sebagai neutrino dengan perjalanan merentas kerak bumi.


[Read More...]


6 Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia



Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-85.



[Read More...]


2 Hotel Diperbuat Daripada Garam



Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam.

Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tari-kan pelancong di negara Amerika Selatan itu.

Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam.

Pemandu pelancong, Pedro Pablo Michel Rocha berkata, ramai pengunjung yang datang ke hotel terletak di selatan negara itu sukar mempercayai ia dibina daripada garam.

“Ada juga orang yang menjilat perabot untuk memastikan ia benar-benar diperbuat daripada garam!,” katanya.

Dataran Salar de Uyuni yang dilitupi lapisan garam setebal beberapa meter terbentuk hasil daripada perubahan beberapa tasik di kawasan itu pada zaman purba.













[Read More...]


1 Hukum Berasaskan Ujrah Oleh PTPTN



Di sini saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian berkaitan hukum Sistem Berasaskan Ujrah yang diperkenalkan oleh PTPTN bagi peminjamnya. Entri ini saya petik dan ambil  dari website  Ust Zaharuddin. Semoga bermanfaat kepada anda semua.



Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah

Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya. 

Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.

Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.

UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam  dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.

Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
 
YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :

Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah     = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
            = RM 2,100
Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
 
APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam. 

Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman. 

Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam. 

Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.

Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.

Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
Ujrah              =                 Actual Administrative Expenses During   The Year                   x          100
                                           Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset    =          A1        +          A2
                                                2
Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.

KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
[Read More...]


1 Final Piala Malaysia 2011 : Terengganu vs Negeri Sembilan




Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.

Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.

Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.

Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.

Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.

Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.

Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.


Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.

Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.

“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.

“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.

“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan,” katanya.


[Read More...]


2 Bayi Baik Tidur Dalam Dakapan Ibu



Kaum ibu dinasihati tidur sekatil dengan bayi mereka sehingga bayi mereka berusia sekurang-kurangnya tiga tahun kerana ia baik untuk kesihatan bayi.

Nasihat kontroversi itu dikeluarkan oleh pakar pediatrik yang mendapati bayi-bayi berusia dua tahun yang tidur bersendirian tidak dapat tidur nyenyak berbanding bayi yang tidur dalam dakapan ibu mereka.

Menurut Dr. Nils Bergman dari Universiti Cape Town, Afrika Selatan, kajian yang mereka jalankan mendapati jantung bayi yang tidur bersendirian akan berada dalam keadaan lebih tertekan.

Bergman berkata, bayi yang baru dilahirkan dinasihati tidur dalam dakapan ibu mereka untuk tempoh beberapa minggu dan kemudian tidur di katil ibunya sehingga berusia tiga hingga empat tahun.

Kajian tersebut turut mendapati bayi yang tidur bersendirian susah untuk rapat dengan ibunya dan perkembangan otak mereka juga akan terganggu.

Gangguan tidur pada usia yang masih kecil berkemungkinan akan menyebabkan mereka mempunyai kelakuan yang tidak baik ketika mereka besar nanti, katanya.


[Read More...]


1 Menara Pokok Berkembar Dalam Pembinaan



'Menara pokok' berkembar yang diberi nama 'Bosco Verticale' yang dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan renek, mungkin menjadi menara pertama seumpamanya di dunia.


Menara berkembar yang sedang dalam pembinaan dengan setiap satu menara setinggi 111 meter dan 79 meter itu bakal menempatkan kira-kira 730 pokok, 5,000 tumbuhan renek serta 11,000 tumbuh-tumbuhan lain.

Pengarah Boeri Studios, Michele Brunello, 35, bertanggungjawab menguruskan projek tersebut yang telah direka sejak 2006.

"Idea untuk membina 'menara pokok' muncul ketika menyertai satu projek menanam pokok.

Menurutnya, Bosco Verticale dengan setiap satu menara setinggi 27 tingkat terletak di Milan, utara Itali itu akan turut menempatkan apartmen kediaman.

Pokok-pokok akan ditanam dalam pasu sebelum dipindahkan ke menara tersebut apabila siap sepenuhnya.
"Bosco Verticale direka untuk menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh bertindak sebagai penapis pencemaran kepada penghuninya," katanya.

Setiap unit apartment itu dijual dalam lingkungan 560,000 pound (RM2.8 juta) untuk keluasan 80 meter persegi dan 1.7 juta pound (RM8.5 juta) bagi keluasan 200 meter persegi.

"Menara tersebut bukan hanya menitik beratkan isu kehijauan dan semula jadi, malah ia turut mementingkan keselesaan dan keselamatan penghuninya.

''Kami telah melakukan pelbagai kajian serta ujian untuk memastikan semuanya berjalan lancar," ujar Brunello sambil menyatakan idea asal projek tersebut diilhamkan oleh arkitek terkenal Milan, Stefano Boeri.


[Read More...]


7 Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam



Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.


Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.







[Read More...]


3 Duit Syiling Emas Terbesar Di Dunia



Kilang duit syiling Perth Mint di Australia semalam memperkenalkan sekeping duit syiling emas yang didakwanya terbesar di dunia.

Syiling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta).

Sebelah syiling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat. manakala sebelah lagi memiliki profil ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II.

Syiling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang akan dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II di sini pada minggu ini.

Syiling gergasi seberat 1,012 kilogram itu mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar siling itu hampir 80 sentimeter (sm), sementara tebalnya ialah 12sm.

Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan syiling tersebut yang kini dipamerkan kepada orang ramai.


[Read More...]


1 Saintis Berjaya Rungkai Kod Jerman Berusia 300 Tahun



Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sweden telah berjaya merungkai kod rahsia kitab Copiale Cipher yang berusia 300 tahun dari Jerman menerusi bantuan satu program komputer baharu.


Berikutan kejayaan tersebut, program komputer itu dijangka mampu membantu mentafsir manuskrip-manuskrip rahsia yang lain.

"Ia membuka pintu kepada mereka yang mengkaji sejarah idea dan masyarakat-masyarakat rahsia," kata saintis komputer dari University of Southern California (USC), Kevin Knight.

"Para sejarawan percaya bahawa masyarakat-masyarakat rahsia memainkan peranan dalam revolusi. Namun semua ini sedang dikaji kerana sebahagian besar dokumennya masih belum dapat ditafsir," tambah Knight.

Kitab Copiale Cipher yang mengandungi 75,000 huruf menggambarkan ritual dan kecenderungan politik sebuah masyarakat rahsia di Jerman pada kurun ke-18. Manuskrip itu ditulis pada lembaran kain berwarna emas dan hijau.

Knight juga merancang untuk mentafsir kod-kod mesej popular lain termasuklah kod yang dihantar oleh Pembunuh Zodiak, seorang pembunuh bersiri AS sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Pembunuh itu ada menghantar mesej-mesej rahsia kepada pihak media dan gagal ditangkap hingga sekarang.



[Read More...]


5 Penduduk Dunia 10 Bilion Pada 2100



Jumlah penduduk dunia dijangka bertambah dari tujuh bilion hari ini kepada 10 bilion orang menjelang tahun 2100, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Namun, laporan berkenaan menyebut, jumlah itu mungkin mencecah sehingga 15 bilion orang jika berlakunya peningkatan kadar kelahiran.


Menurut laporan itu, Tabung Aktiviti Kependudukan Bangsa Bersatu (UNFPA) menyatakan kebimbangan terhadap tekanan demografi yang mampu memberi cabaran kepada mengurangkan kadar kemiskinan serta pemuliharaan alam sekitar ekoran pertambahan penduduk.

''Jangkaan terkini memperlihatkan bilangan penduduk akan mencecah 9.3 bilion orang pada 2050 dan lebih 10 bilion orang menjelang 2100.

''Namun, dengan hanya variasi kecil dalam kadar kesuburan terutamanya di negara yang memiliki kepadatan penduduk, jumlah itu dijangka lebih tinggi iaitu 10.6 bilion orang pada 2050 dan lebih 15 bilion (2100),'' kata UNFPA menerusi laporan The State of the World Population 2011 setebal 126 muka surat.

Laporan itu antara lain memfokuskan beberapa cabaran berkaitan cabaran golongan belia, masalah alam sekitar, keseimbangan antara penduduk bandar dan luar bandar serta soal perancangan keluarga.
Kata UNFPA, ketika ini, penduduk di Tokyo mencatatkan bilangan tertinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah 20 juta penduduk.

UNFPA turut mencadangkan agar diwujudkan pelan pembangunan yang seimbang bagi menghadapi jumlah pertambahan penduduk termasuk pembinaan perumahan yang mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta 'kawasan hijau'.



[Read More...]


2 20 Bulan Buang Tatu Pada Tubuh



Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.


Perubahan muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya.

Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula".

Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.

Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.

Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.

Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.

Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan.

p/s : tatu adalah diharamkan dalam ISLAM.


[Read More...]


1 Kopi Kurangkan Risiko Kanser Kulit



Meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.


Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
kopi

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus.



[Read More...]


2 Memasang Alt Tag Pada Gambar



Alt Tag Pada gambar memang sangat penting yang perlu dilakukan dan dipasang pada setiap gambar pada blog kita. Apa tujuannya dan pentingnya anda memasang dan meletakkan Alt Tag Pada Gambar ? Jawabnya ialah  adalah agar memudahkan seseorang mencari artikel yang diinginkannya dengan gambar. Dengan cara itu trafik blog kita juga boleh diperolehi melalui carian gambar/imej. Kebanyakan para blogger menganggap perkara sebegini  remeh sahaja , So kita harus memasang Alt Tag Gambar ini segera agar entri yang kita post itu lebih  SEO Friendly Onpage.

Alt Tag
Cara memasang ALT Tag seperti berikut :

Ini adalah Contoh code gambar yang belum diletakkan Alt Tag pada Gambar :

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDLl_M1plhZ0qssj9IVrSSOvxgm5bCZL5Lem5nGuJ_kwiAOvajPSf1Dbz70_YWndQl98Fn8b5q0lnIRVMaYrUdhZLSlVlnGX-1C-Rrjq4gwlGVhF2Ipl3vXvwI7zPIi_N3OXcs7Ub82OqC/s1600/Contohgambar.jpeg" imageanchor="1" style=""><img border="0" height="218" width="215" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDLl_M1plhZ0qssj9IVrSSOvxgm5bCZL5Lem5nGuJ_kwiAOvajPSf1Dbz70_YWndQl98Fn8b5q0lnIRVMaYrUdhZLSlVlnGX-1C-Rrjq4gwlGVhF2Ipl3vXvwI7zPIi_N3OXcs7Ub82OqC/s320/Contohgambar.jpeg" /></a>

Dan dibawah ini adalah contoh code gambar yang telah diletakkan Alt Tag Gambar :

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDLl_M1plhZ0qssj9IVrSSOvxgm5bCZL5Lem5nGuJ_kwiAOvajPSf1Dbz70_YWndQl98Fn8b5q0lnIRVMaYrUdhZLSlVlnGX-1C-Rrjq4gwlGVhF2Ipl3vXvwI7zPIi_N3OXcs7Ub82OqC/s1600/Contohgambar.jpeg" imageanchor="1" style=""><img alt="keyword target sobat" border="0" height="218" width="215" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDLl_M1plhZ0qssj9IVrSSOvxgm5bCZL5Lem5nGuJ_kwiAOvajPSf1Dbz70_YWndQl98Fn8b5q0lnIRVMaYrUdhZLSlVlnGX-1C-Rrjq4gwlGVhF2Ipl3vXvwI7zPIi_N3OXcs7Ub82OqC/s320/Contohgambar.jpeg" title="keywords disini"/></a>
Peringatan :-
  1. Berikan nama gambar dan teks alt yang singkat/pendek. Jangan menggunakan nama file yang terlalu umum seperti gambar1.jpg, DSC01.jpg dan nama lain yang tidak spesisfik. 
  2. Jangan menggunakan nama gambar yang terlalu panjang. Satu lagi yang paling penting, alt teks bukan tempat kumpulan banyak keyword. Google memang mengindeks atribut teks gambar. Namun google akan menganggap teks spaming jika mendapati teks berupa kumpulan keyword yang sangat banyak. 
  3. Gunakanlah kata kunci yang relevan dengan isi artikel dan relevan dengan gambar yang ditampilkan. Jangan pula gambar komputer tapi diberi nama artis terkenal hanya sekadar untuk memenangkan keyword. Terlalu berbahaya dan akan dianggap spamming oleh google.

Cukup mudah bukan Cara Memasang Alt Tag Pada Gambar Agar Seo Friendly ? Sekian dulu buat  kali ini. Fikir-fikirkan dan selamat beramal ...



[Read More...]


3 Lelaki Miliki Tindikan Paling Banyak Di Dunia



DORTMUND, Jerman - Rolf Bucholz yang merupakan seorang pakar komputer berusia 52 tahun mempunyai tindikan sebanyak 453 di tubuhnya.

“Lelaki

Dia merupakan pemilik rekod Guinness World of Records lelaki yang paling banyak bertindik di dunia.

Muka lelaki tersebut juga mempunyai banyak tindikan seperti di kening, bibir dan hidung.

Dia juga mempunyai 278 tindikan di bahagian kemaluannya.

[Read More...]


6 Khasiat Habbatus Sauda



Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat. Kadangkala ia digelar sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.

Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam

Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)


Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme

Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i . Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”


[Read More...]


7 Bangkok, Banjir Dan Buaya



BANGKOK berterusan menerima dugaan yang turut dilihat sebagai ujian terbesar untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawtra apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran ribuan buaya kini berkeliaran di dalam air banjir di pinggir Bangkok.


Amaran itu dikeluarkan semasa penduduk diminta bersedia untuk menghadapi banjir berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kebanyakan buaya air tawar tersebut dipercayai terlepas dari taman hidupan liar selepas sangkar haiwan reptilia itu ditenggelami air.

Kerajaan turut menawarkan ganjaran untuk menangkap kesemua buaya tersebut tetapi pegawai taman hidupan haiwan memaklumkan mustahil untuk mengawal pergerakan haiwan itu jika banjir semakin buruk.

Sementara itu, Yingluck turut mengumumkan penghalang banjir dan pintu air sebagai zon larangan bagi menghentikan gangguan penduduk yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani masalah tersebut.

Pihak berkuasa dan pegawai pentadbiran tempatan juga diberikan kuasa untuk meruntuhkan sebarang struktur yang menghalang operasi kawalan bencana itu.
[Read More...]


1 Kes Sebar Agama Lain Kepada Umat Islam Boleh Ke Mahkamah Sivil




Orang bukan Islam yang menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen itu antaranya melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.


Kesalahan lain ialah menerbit dan menyebarkan terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam serta mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh agama bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang berkaitan portfolionya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

“Sangat ramai yang tidak sedar kewujudan enakmen ini yang sudah dilaksanakan pada tahun 1980, dan ia (mereka yang bersalah) tidak akan didakwa di mahkamah syariah,” katanya.

Beliau berkata, antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.




[Read More...]


8 Manchester City Belasah United Di Old Trafford 6 - 1



MANCHESTER – Rekod tanpa kalah Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan sahaja lebur di Old Trafford, namun dimalukan dengan kekalahan besar 1-6 kepada musuh ketat mereka, Manchester City, semalam.


Kemenangan itu juga bermakna City melebarkan kelebihan lima mata daripada United selepas sembilan perlawanan.

Mario Balotelli memulakan pesta gol City pada minit ke-22 hasil rembatan menarik ke bahagian penjuru gawang United bagi meletakkan skuad bimbingan Roberto Mancini mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Nasib malang Red Devils bermula apabila Johathan Evans dilayangkan kad merah, empat minit sebaik separuh masa kedua bermula dari detik itu, penguasaan City jelas sukar digugat.

Balotelli menambah gol kedua City pada minit ke-59 sebelum pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero meletakkan Citizens semakin selesa dengan gol ketiga, 10 minit kemudian.

Walaupun Darren Fletcher merapatkan jurang pada minit ke-81, Edin Dzeko kembali menjarakkan kedudukan buat City pada minit ke-88 sebelum David Silva dan Dzeko sekali lagi menambah sengsara United dengan dua gol pada minit ke-91 dan 93.

Perlawanan United menentang City turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan-rakan Facebook di kediaman rasmi, Seri Perdana dekat Putrajaya.

Sementara itu, rentak buruk Arsenal di permulaan musim semakin pulih apabila mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen liga selepas menumpaskan Stoke City 3-1 di Stadium Emirates.

Kemasukan Robin van Persie jelas membantu kemenangan Arsenal ketika kedudukan terikat 1-1 apabila penyerang antarabangsa Belanda itu meledak dua gol pada minit ke-72 dan 82.

Arsenal sebelum itu mendahului menerusi Gervinho pada minit ke-27 sebelum disamakan Peter Crouch, enam minit kemudian.

Dalam satu perlawanan, Everton menang 3-1 ke atas Fulham di Craven Cottage hasil jaringan Royston Drenthe, Louis Saha dan Jack Rodwell sementara gol tunggal tuan rumah disumbangkan oleh Bryan Ruiz.



[Read More...]


6 Resolusi HIMPUN




SELAMATKAN AKIDAH UMAT


Berikut 10 resolusi yang disuarakan oleh HIMPUN yang patut didengari oleh pelbagai pihak :


1. Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2. Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3. Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4. Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.

5. Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6. Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7. Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

8. Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

9. Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10. Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.
 
 
[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors